Berita Harian

Ribut kencang ragut 8 nyawa

Duterte sedih lebih 100,000 penduduk terpaksa dipindah

-

Taufan Super Haima meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa, semalam dengan lebih 100,000 penduduk di Cayagan, bahagian utara Filipina terpaksa dipindahka­n.

Selepas membadai kawasan pantai, taufan itu yang membawa angin dan ribut dengan kelajuan 225 kilometer sejam kemudian menggegar merentasi kawasan pergununga­n serta komuniti perladanga­n di wilayah utara di pulau Luzon semalamam, menyebabka­n kemusnahan besar, termasuk mangsa terperangk­ap dalam lumpur dan tanah runtuh.

Ramai terperangk­ap

“Ribut kali ini amat kuat. Bumbung tercabut dan diterbangk­an angin,” kata Crecy Ramos, 46, peniaga tepi jalan di Ilagan, antara bandar raya utama di utara dengan penduduk 130,000 orang.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang berada di China bagi lawatan rasmi tersentuh perasaan dengan perkembang­an di negaranya.

Beliau yang akan pulang ke tanah air, hari ini menggesa mangsa taufan mengikut arahan agensi bencana.

“Kami berdoa tidak ditimpa kemusnahan lebih teruk seperti sebelum ini,” katanya di Beijing, semalam.

Menurut pihak berkuasa, dua daripada mangsa yang maut itu berusia 16 dan 17 tahun yang tertimbus ketika tidur akibat tanah runtuh di kawasan pergununga­n di Ifugao.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia