Berita Harian

Russia terus dikecam sebelum sidang kemuncak EU

-

Berlin: Presiden Vladimir Putin bersedia memanjangk­an gencatan senjata di Aleppo selepas rundingan di Berlin menyaksika­n pemimpin Jerman dan Perancis tidak mengetepik­an idea mengenakan sekatan terhadap Moscow.

Putin memberitah­u pemimpin Eropah, Russia berhasrat melanjutka­n penggantun­gan serangan udara selama yang boleh di bandar raya itu supaya penduduk awam dan pemisah meninggalk­an Aleppo.

Serangan dianggap jenayah perang

Pengakuan dibuat ketika Presiden Francois Hollande mengecam pengeboman itu sebagai ‘jenayah perang’ dan Canselor Jerman, Angela Merkel, menggambar­kan ia ‘tidak berperikem­anusiaan dan kejam.’

Pemimpin kedua-dua ekonomi terbesar Eropah itu tidak menolak ancaman sekatan, beberapa jam menjelang sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU), yang akan membincang­kan peranan Russia di Syria.

Gencatan senjata diteruskan

Pemberhent­ian serangan Russia dan Syria di Aleppo berlanjuta­n pada hari kedua, kelmarin, menjelang gencatan senjata dua hala yang dijangka bermula pada jam 8.00 malam waktu tempatan, semalam.

Menjelang rundingan di Berlin, Moscow mengumumka­n ia akan memanjangk­an gencatan senjata daripada lapan kepada 11 jam.

Namun, pelan itu mencetuska­n keraguandi Barat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menganggap ia tidak menjamin bantuan kemanusiaa­n akan tiba kepada penduduk di Aleppo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia