Berita Harian

Messi Raja Hatrik

Sudah cipta 41 hatrik sepanjang karier, 37 untuk Barca

- Barcelona

̌

Lionel Messi seperti ‘kanakkanak bermain di padang permainan’ ketika meledak hatrik yang memberi kemenangan 4-0 penuh inspirasi Barcelona ke atas Manchester City, awal pagi semalam, kata jurulatih Luis Enrique.

Kembali disenarai dalam kesebelasa­n utama sejak pulih daripada kecederaan pangkal paha, sebulan lalu, Messi mencipta ‘nada’ buat juara Sepanyol itu untuk menampilka­n prestasi ajaib bermula gol pembukaan sebelum Claudio Bravo dibuang padang.

Peluang tambah terbuka buat Barca menambah gol selepas Bravo disingkirk­an dengan Messi terus menerus mempermain­kan jentera pertahanan City yang gawangnya ketika itu dikawal rakan senegarany­a dari Argentina, Willy Caballero.

Bebas seperti kanak-kanak

“Kami melihat Messi bermain seperti kanak-kanak bermain di padang permainan hari ini, semua pemain akan sedikit goyah (selepas pulih daripada kecederaan) namun jika kami datang untuk menjangkak­an sesuatu daripada Messi, itulah dia,” kata Enrique.

“Ia tidak memberi makna berapa lama dia keluar atau sudah berapa banyak perlawanan yang sudah dia terlepas, dia mempunyai pemahaman yang mendalam tentang bola sepak.

“Sesiapa saja yang mempunyai keraguan dengan Messi adalah

 ??  ?? Penyerang Barcelona, Messi (dua dari kanan) gagal dikekang pertahanan City, John Stones (kanan) pada saingan Liga Juara-juara di Nou Camp, semalam.
Penyerang Barcelona, Messi (dua dari kanan) gagal dikekang pertahanan City, John Stones (kanan) pada saingan Liga Juara-juara di Nou Camp, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia