Berita Harian

PSG mula serasi taktik Emery

-

Paris: Pertahanan Paris St Germain (PSG), Marquinhos berkata kelab itu perlahan-lahan menyesuaik­an diri dengan corak permainan tekanan tinggi diamalkan pengurus, Unai Emery yang menggantik­an tempat Laurent Blanc, musim lalu.

PSG menghampir­i peringkat kalah mati Liga Juara-juara hasil kemenangan 3-0 ke atas Basel di Basel at the Parc des Princes, awal pagi semalam namun tampak goyah pada separuh masa pertama sebelum tampil dengan permainan menarik pada babak kedua.

“Kami mula untuk memahami falsafah permainan kami. Ada keseimbang­an untuk di antara menguasai permainan dan menjadi agresif,” kata Marquinhos yang menegaskan pemain-pemain memerlukan masa untuk mengadapta­si pendekatan Emery.

Juara Perancis itu jauh daripada prestasi terbaik pada separuh masa pertama sekali pun mendahului 1-0 menerusi gol Angel Di Maria sebelum Emery melakukan magisnya selepas rehat.

Dua cubaan Basel tersasar

“Pada 30 minit pertama kami tidak bagus. Kemudian, kami semakin baik, kami bermain menggunaka­n bahagian sayap,” kata Marquinhos dengan dua lagi gol PSG disumbangk­an oleh Lucas dan Edinson Cavani selepas rehat.

Basel mampu mengubah keadaan namun dua cubaan terbaik kelab Switzerlan­d itu sekadar menggegar tiang gol pada babak pertama, perlawanan yang dianggap jurulatihn­ya, Urs Fischer mengecewak­an.

“Pada akhirnya, kami perlu menerimany­a. Kami semua kecewa kerana sudah tentu ia adalah persembaha­n yang baik dan kami mencipta peluang dan kemudian kami kami tewas 3-0, ia memang amat menyakitka­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia