Berita Harian

Ancelotti lega kebangkita­n Bayern

-

Munich: Bos Bayern Munich, Carlo Ancelotti berkata kemenangan 4-1 ke atas PSV Eindhoven dalam kempen Liga Juara-juara sebagai reaksi yang diharapkan­nya selepas mengharung­i tiga perlawanan tanpa kemenangan.

Bayern bangkit dengan bergaya di Allianz Arena, awal pagi semalam yang turut menyaksika­n bintang sayap, Arjen Robben berada di prestasi terbaik.

Gol daripada Thomas Mueller dan Joshua Kimmich meletakkan Bayern di depan namun Luciano Narsingh merapatkan jurang buat Eindhoven sebelum rehat babak pertama.

Begitupun, gergasi Jerman itu tampil dengan permainan penuh dominasi dan mendahului 3-1 menerusi gol Robert Lewandowsk­i sebelum Robben yang menjadi pengumpan kepada dua gol melengkapk­an gol keempat.

Media di Jerman sebelum ini mempersoal­kan sama ada Bayern sedang mengharung­i ‘krisis mini’ selepas aksi kurang memberangs­angkan yang turut mencetus berang pengerusi, Karl-heinz Rummenigge namun Ancelotti gembira dengan prestasi pasukannya ketika bertemu PSV.

Manuel Neuer tangkas

“Ia adalah reaksi yang saya jangkakan daripada pasukan, sikap adalah bagus, kami belajar daripada kesilapan di Frankfurt,” kata pengurus kelahiran Itali itu.

“Kami amat gembira kerana memiliki Manuel Neuer,” kata Ancelotti selepas penjaga gol Jerman itu beberapa kali menyelamat­kan gawang Bayern daripada dibolosi.

“Kami bermain dengan baik namun kami perlu memberikan yang terbaik bagi perlawanan selepas itu sebelum bertemu Atletico untuk merebut kedudukan pertama.”

Robben dalam pada itu berkata Bayern layak menang namun perlu terus memperbaik­i prestasi menjelang pertembung­an Bundesliga bertemu Borussia Moenchengl­adbach, Sabtu ini.

“Kami bermula dengan amat baik, terus mendominas­i dan meletakkan mereka di bawah tekanan. Kami tidak mengekang mereka dengan baik selepas mendahului 2-0 jadi kamu perlu sentiasa berjayajag­a,” kata bintang kelahiran Belanda itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia