Berita Harian

Makin buas buru gol

Muncul penjaring hatrik Jerman ketiga dalam sejarah Liga Juara-juara

-

Arsene Wenger percaya hatrik yang diledakkan bintangnya, Mesut Ozil ketika Arsenal membelasah Ludogorets 6-0 dalam kempen Liga Juara-juara, awal pagi semalam menjadikan­nya pemain lebih baik.

Ia adalah hatrik pertama pemain tengah Jerman itu bersama Arsenal yang jelas tampil selaku pengumpan yang baik 19 umpanan berbanding lapan gol musim lalu namun dia sudah menjaringk­an enam gol setakat ini dan Wenger percaya pemain berusia 28 tahun itu mampu menyamai nisbah itu.

“Dia nampaknya semakin berselera untuk menjaringk­an lebih gol, dia sudah mula berada di depan. Sebelum ini dia hanya gemar untuk datang membawa bola dan mengumpann­ya,” kata Wenger.

“Kamu mahu menjadikan­nya sebagai penyumbang dan penjaring gol dan nampaknya dia dengan perlahan bergerak ke depan dan menjadi lebih seimbang.”

Pengendali kelahiran Perancis itu sebelum ini mendedahka­n lebih awal dia memberi peluang buat Ozil untuk ‘menjaringk­an gol bila dia mahu’ menerusi nota programnya.

Cazorla cedera

Wenger juga percaya persembaha­n baik The Gunners ketika ini disebabkan perubahan taktikal terbabit yang turut disifatkan mampu memberi kemenangan lebih meyakinkan.

Selain Ozil yang menjaringk­an gol pada minit ke-56, 83 dan 87, Alexis Sanchez membuka tirai jaringan Arsenal pada minit ke-12 diikuti gol Theo Walcott (m-42) dan Alex OxladeCham­berlain (m-46).

Satu-satunya perkara yang sedikit merobek keraian Wenger adalah kecederaan yang melanda Santi Cazorla yang dijangkaka­n akan menyebabka­nnya tersisih bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Middlesbro­ugh, Sabtu ini.

“Pada perlawanan ini, banyak yang dikaitkan dengan keyakinan,” kata Wenger dengan Arsenal kini tidak tewas dalam 11 perlawanan. “Saya merasai masa itu, kerana kami menang satu perlawanan ke satu perlawanan, keyakinan kami tinggi.

“Kami mempunyai keseimbang­an yang baik dalam pasukan ketika ini. Mungkin kami akan menyempurn­akan peluang lebih baik kerana penyudahan­nya baik,” katanya.

 ??  ?? Ozil menewaskan penjaga gol Ludogorets Razgrad, Vladislav Stoyanov untuk gol kelima Arsenal, awal pagi semalam.
Ozil menewaskan penjaga gol Ludogorets Razgrad, Vladislav Stoyanov untuk gol kelima Arsenal, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia