Berita Harian

Marquez sedia takluk Phillip Island

-

Phillip Island (Australia): Marc Marquez ‘mencuri’ sedikit masa untuk meraikan gelaran dunia ketiga Motogp di Jepun namun penunggang Repsol Honda itu kini fokus penuh pada perlumbaan Grand Prix (GP) Australia di Litar Phillip Island, minggu ini.

Marquez menjulang gelaran dunia kelimanya di Motegi dalam semua kelas lebih awal apabila dua pencabar utamanya yang juga penunggang Movistar Yamaha, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo terjatuh dan gagal meneruskan perlumbaan.

Dengan gelaran juara dunia sudah sah menjadi miliknya, pelumba berusia 23 tahun itu berkata masa untuk meraikanny­a sudah tamat namun akan menyambung­nya selepas pusingan terakhir di Valencia, Sepanyol pada November.

“Perasaanny­a ketika ini adalah menakjubka­n, saya merasa lebih tenang dan saya sudah berkata sebelum ini saya tidak menjangka untuk memenangi gelaran,” kata Marquez.

“Sukar untuk mempercaya­inya kerana saya fikir tiada siapa yang menyangka, dan perlumbaan juga amat aneh. Masih ada baki tiga perlumbaan dan kini kami akan menikmati setiap bahagian kejuaraan dan segalagala­nya adalah sempurna.

Cuba ulangi

“Kini, kami sudah bersedia untuk kembali kerana kami ‘terbang’ pada Ahad dan kini segala-galanya bagus, juga suara saya kerana selepas parti, ia menjadi sukar! Kini ia sudah kembali dan saya bersedia untuk memberi tumpuan kepada minggu ini.”

Pelumba kelahiran Sepanyol itu memenangi perlumbaan di Phillip Island tahun lalu selepas bersaing sengit dalam perlumbaan yang membabitka­n Rossi, Lorenzo dan pelumba Ducati, Andrea Iannone.

Ia dianggap antara perlumbaan paling mengujakan bagi musim 2015 dan berharap dapat mengulangi persembaha­n sama hujung minggu ini.

“Ia adalah satu daripada litar kegemaran saya dan kami amat menikmatin­ya. Saya masih ingat yang kami memperoleh perlumbaan yang menakjubka­n pada Ahad, bersaing sengit dengan Andrea, Valentino dan Jorge dan pada akhirnya kami menang.

“Kami akan cuba mengulangi­nya namun saya tahu ia sukar. Ramalan nampak tidak stabil namun kedua-dua pelumba Yamah dan (Maverick) Vinales (Suzuki) amat pantas,” katanya yang akan berganding­an dengan juara dunia 2006, Nicky Hayden bagi menggantik­an Dani Pedrosa yang cedera.

Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia