Berita Harian

Enggan ubah perangai

Ikrar terus berseronok dan melayan telefon bimbitnya ketika sidang media di Texas

-

Lewis Hamilton berkata dia tidak akan berhenti untuk berseronok dan tidak merancang memadamkan telefon bimbitnya.

Malah, penyandang juara dunia Formula Satu (F1) itu juga memberi kemungkina­n akan membawa telefon bimbitnya ketika sidang media rasmi perlumbaan itu di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat, hari ini di Texas.

Pelumba kelahiran Britain itu memberitah­u Associated Press dia akan mengambil lebih banyak gambar - mengulangi apa yang dibuatnya di GP Jepun, dua minggu lalu yang mencetus kritikan di beberapa media.

Kritikan itu menyebabka­n pelumba pasukan Mercedes AMG PETRONAS itu berang dan enggan untuk menemui wartawan selepas sesi kelayakan yang menyebabka­nnya berdepan hukuman wajib menghadiri sidang media rasmi sebelum perlumbaan perlumbaan di Litar Austin.

“Peluang percuma bagi saya untuk menunjukka­n wajah saya yang kacak dan berseronok,” kata Hamilton. “Telefon bimbit saya mungkin ada di sana untuk saya, kita akan melihatnya.

“Saya sudah pasti akan mengambil gambar.”

Banyak pengikut

Hamilton berkata dia gemar untuk mengambil gambar ketika sidang media untuk menunjukka­n kepada rakanrakan dan pengikutny­a di media sosial.

“Mereka tidak tahu bagaimana perasaan duduk di atas kerusi (bersama pelum- ba lain) di dalam bilik dan melihat semua kamera. Saya tidak akan mengubahny­a... Disebabkan itu saya memperoleh lebih banyak pengikut berbanding pelumba lain,” kata Hamilton.

Sikap juara dunia tiga kali itu menjadi tumpuan selepas dia kini ketinggala­n 33 mata di belakang rakan sepasukann­ya Nico Rosberg dalam pemburuan kejuaraan dunia berbaki empat pusingan.

“Saya percaya saya akan berseronok. Apa yang saya gemar mengenai kehidupan adalah menjadi spontan. Kamu tidak tahu apa yang akan berlaku. Harapharap­nya ia akan menjadi seronok yang ringan dan mempunyai hormat. Saya adalah diri saya. Saya tidak akan mengubah apa yang saya lakukan.”

 ??  ?? Hamilton (kanan) tetap dilihat berseronok menggunaka­n telefon bimbitnya.
Hamilton (kanan) tetap dilihat berseronok menggunaka­n telefon bimbitnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia