Berita Harian

Van Huizen idam mata penuh jumpa China

Selepas anak buah bergaya benam Pakistan 4-2 dalam aksi pembukaan

- Oleh Naqib Nor Said

Jurulatih skuad negara, Stephen Van Huizen menegaskan hanya mata maksimum diidamkan apabila bertemu China hari ini selepas anak buahnya membenam Pakistan 4-2 dalam aksi pembukaan QNET Trofi Juara-juara Asia di Stadium Hoki Wisma Belia, semalam.

Walaupun gembira dengan kemenangan terbabit, namun jurulatih berusia 56 tahun itu mahu anak buahnya memanfaatk­an tempoh 24 jam terakhir untuk memulihkan kecergasan bagi merobohkan Tembok Besar China.

“Sudah pasti saya mengharapk­an mata maksimum ketika menentang China, kemenangan ini penting untuk memastikan motivasi kekal berada di tahap terbaik.

“Meskipun kali ini mereka turun dengan skuad lebih muda, tetapi ini adalah aksi pertama mereka sekali gus menyaksika­n mereka mempunyai rehat yang secukupnya untuk pertemuan ini,” katanya.

Sementara itu, Faizal Saari membuat kepulangan bergaya bersama skuad negara dengan meledak dua gol pada minit ke-34 menerusi penalti strok dan 60 (gol padang) ketika membantu pasukannya meraih tiga mata ke atas Pakistan.

Pemain bagus

Dua lagi gol negara disumbangk­an Firhan Ashaari pada minit ke-13 dan Shahril Saabah pada minit ke-41 masing-masing menerusi pukulan sudut penalti sementara jaringan Pakistan disumbangk­an Aleem Bilal pada minit ke-18 dan 34.

Prestasi Faizal itu segera mendapat perhatian Stephen, bagaimanap­un jurulatih itu berharap supaya penyerang yang membuat penampilan ke152 bersama negara itu tidak cepat 'besar kepala' dengan permulaan sempurna itu.

“Ya, untuk pemain yang sudah lama tidak beraksi di pentas antarabang­sa ia adalah satu permulaan baik. Kita tidak boleh pertikaika­n kemampuann­ya, memang dia seorang pemain yang bagus. Harapan saya dia tidak terbawa-bawa dan terus bekerja keras selepas ini.”

Aksi terbabit, turut dihentikan kira-kira 10 minit pada minit ke-35 gara-gara hujan lebat dan sebaik bersambung menyaksika­n Malaysia bangkit menjaringk­an tiga gol.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Firhan (tengah) meraikan jaringannn­ya semalam. bersama rakan sepasukan di Stadium Hoki Kuantan,
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Firhan (tengah) meraikan jaringannn­ya semalam. bersama rakan sepasukan di Stadium Hoki Kuantan,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia