Berita Harian

V Shem-wee Kiong mara, Vivian-khe Wei terkandas

-

Kuala Lumpur: Komunikasi menjadi tunjang utama buat beregu lelaki negara, Goh V Shem-tan Wee Kiong untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Denmark, semalam.

V Shem-wee Kiong mara ke peringkat berkenaan selepas menewaskan wakil England, Marcus Ellis-chris Langridge.

Bertempat di Odense Sports Park, pilihan keempat kejohanan itu menewaskan lawan dengan keputusan 21-18, 21-17 dan selepas ini dijadual bertemu pasangan China, Li Junhui-liu Yuchen, hari ini.

“Kami lebih banyak berkomunik­asi di dalam gelanggang,” kata V Shem. “Permainan kami juga sangat baik hari ini (semalam). Strategi yang digunakan semuanya berjalan dengan lancar.

Mengulas mengenai lawan dari China nanti, V Shem berkata: “Mereka menewaskan kami di separuh akhir Terbuka Korea baru-baru ini.

“Saya harap kami mampu memberikan aksi lebih baik esok (hari ini).”

Dalam perlawanan berlainan, beregu wanita negara, Vivian Hoo-woon Khe Wei tewas kepada pasangan Bulgaria, Gabriela Stoevastef­ani Stoeva 13-21, 19-21.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia