Berita Harian

MISC-MIFA bawa bekalan tipis

- Oleh Syafiq Aznan

final kedua yang berlangsun­g di laman sendiri, Khamis ini.

Bagaimanap­un, kelebihan satu gol dan tidak dibolosi untuk memberikan kelebihan gol di tempat lawan pastinya sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada skuad bimbingan Jacob Joseph yang kini hanya dipisahkan 90 minit daripada menjulang Piala FAM pada penampilan sulung mereka di pentas final.

Undang padah

Turun sebagai pasukan pilihan, pengalaman tiga tahun beraksi di Liga FAM membolehka­n MISCMIFA lebih banyak menguasai permainan dan melakukan percubaan namun ketumpulan jentera serangan menyebabka­n 45 minit pertama berakhir tanpa sebarang jaringan gol.

Beberapa pertukaran yang dilakukan pengendali keduadua pasukan juga dilihat gagal menukar rentak dan corak serangan kedua-dua pasukan dengan aksi berhati-hati ditampilka­n dalam memastikan gol masing-masing tidak dibolosi.

Namun, ketika keputusan seakan terikat tanpa jaringan sekali gus memberikan kelebihan besar kepada PKNP FC untuk aksi akhir kedua, tindakan pertahanan pelawat, Muhamad Mazni Khairul Hasnan yang menjatuhka­n G Thipen Raj mengundang padah apabila pasukan tuan rumah dihadiahka­n sepakan penalti pada minit ke-88.

Raj yang mengambil sepakan itu tidak mensia-siakannya apabila menyumbat masuk sekali gus membolehka­n MISC-MIFA membawa kelebihan satu gol untuk aksi final kedua di Ipoh.

 ?? [ FOTO ROSLIN MAT TAHIR / BH ] ?? Pemain MISC-MIFA, P Kerisnan (kiri) diasak pemain PKNP FC, Mohamad Amirul Izawan Mohd Baki pada aksi final pertama Piala FAM di Stadium Shah Alam, malam tadi.
[ FOTO ROSLIN MAT TAHIR / BH ] Pemain MISC-MIFA, P Kerisnan (kiri) diasak pemain PKNP FC, Mohamad Amirul Izawan Mohd Baki pada aksi final pertama Piala FAM di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia