Berita Harian

Terengganu berang keputusan FAM

- Oleh Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri Terengganu berang dan mempertika­ikan keputusan Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memberi kemenangan percuma kepada Pahang selepas Kedah didapati bersalah menurunkan pemain yang digantung pada aksi Liga Super, Ogos lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat, berkata keputusan memberi tiga mata kepada Pahang menutup peluang pasukan bola sepak Terengganu untuk beraksi pada Liga Super musim depan, walaupun berjaya mengutip tiga mata pada aksi terakhir menentang Pulau Pinang, esok.

“Saya dimaklumka­n Pahang membuat bantahan kerana Kedah menurunkan pemain yang digantung beraksi dalam tempoh 72 jam selepas perlawanan pada 3 Ogos lalu, tetapi mengapa jawatankua­sa itu mengambil masa panjang iaitu melebihi tiga bulan untuk membuat keputusan.

Ambil masa lama

“Adakah Jawatankua­sa Tatatertib FAM mempunyai agenda tersembuny­i untuk menidakkan pasukan Terengganu daripada beraksi dalam Liga Super musim depan,” katanya kepada BH Sukan ketika ditemui pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita Peringkat negeri, di sini, semalam.

Jawatankua­sa Tatatertib FAM yang mengadakan mesyuarat kelmarin memutuskan Kedah didapati bersalah kerana menurunkan pemain yang digantung, Mohd Rizal Mohd Ghazali ketika bertemu Pahang pada perlawanan Liga Super, 3 Ogos lalu.

Dengan keputusan itu, Pahang dihadiahka­n tiga mata dan skuad Tok Gajah secara automatik kekal beraksi dalam kancah Liga Super musim depan selepas kedudukan mereka dari tangga ketiga tercorot melonjak kedudukan ke tangga lapan selepas memperoleh 23 mata.

Rozi berkata, ahli Jawatankua­sa Tatatertib FAM tidak profesiona­l dalam melaksanak­an tugas dan sudah seha- rusnya berundur secara terhormat daripada terus memegang jawatan.

“Ahli jawatankua­sa tatatertib FAM sepatutnya tidak mengambil masa lama untuk bermesyuar­at, jika mereka banyak tugasan lain, lepaskan jawatan atau tidak menawarkan diri untuk terus memegang jawatan pada pemilihan akan datang.

“Saya tidak mempertika­ikan keputusan tiga mata automatik diberikan kepada Pahang, sebaliknya kita membantah kerana Jawatankua­sa Tatatertib mengambil masa lama untuk bermesyuar­at mengenai bantahan dikemukaka­n Pahang sehingga melemahkan semangat pemain untuk meneruskan aksi esok,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia