Berita Harian

Mata paling bermakna: Razip

Jurulatih Pahang tetap mahu anak buah benam T-team

- Oleh Asrol Awang

Pengendali Pahang, Razip Ismail menarik nafas lega selepas skuadnya sah kekal dalam saingan Liga Super musim depan apabila dihadiahka­n tiga mata percuma oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam.

Keputusan yang dibuat Jawatankua­sa Tatatertib FAM itu berikutan tindakan Kedah menurunkan pemain di bawah penggantun­gan, Mohd Rizal Mohd Ghazali ketika perlawanan Liga Super kedua-dua pasukan berkenaan pada 3 Ogos lalu.

“Sebagai jurulatih sudah pasti saya gembira dan pada masa sama terkejut dengan pengumuman FAM kerana sememangny­a tidak menjangkak­an ketika persiapan rapi dilakukan untuk perlawanan terakhir bertemu T-team, Sabtu ini.

Sudah bebas

“Namun, saya berbangga kerana misi utama saya ke Pahang selepas mengambil alih tugas selaku jurulatih untuk memastikan Tok Gajah kekal berjaya dilaksanak­an.

“Sebenarnya, kerja keras yang dilakukan pemain yang Pengendali Pahang berjaya mencatat kemenangan ke atas Selangor dan Pulau Pinang pada dua perlawanan terakhir turut membantu skuad Tok Gajah kekal dalam liga,” kata Razip, semalam.

Selain itu, Razip tetap berharap anak buahnya mempamerka­n prestasi terbaik pada aksi terakhir berdepan T-team biarpun Pahang sudah bebas dari penyingkir­an ke Liga Perdana.

Katanya, kemenangan ke atas T-team bakal menjadi hadiah bermakna sebagai meraikan kejayaan Tok Gajah kekal bersaing dalam Liga Super selepas cabaran getir sepanjang musim ini.

“Saya percaya semua pemain akan memberikan segala-galanya buat pasukan dan menjadikan pertemuan dengan T-team sebelum menutup tirai saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya.

 ??  ?? Pemain Kedah, Mohd Syafiq Rahim (kiri) diasak pemain Pahang, R Dinesh pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman.
Pemain Kedah, Mohd Syafiq Rahim (kiri) diasak pemain Pahang, R Dinesh pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia