Berita Harian

Selangor turunkan barisan kedua layan Harimau Selatan

- - Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Selangor dilihat ‘menyimpan’ barisan pemain terbaiknya sebagai persediaan final Piala Malaysia apabila dijangka menurunkan pemain simpanan meskipun berdepan cabaran juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi aksi terakhir Liga Super musim ini di Stadium Shah Alam, malam esok.

Situasi ini diperkuatk­an dengan pengendali sementara The Red Giants, K Gunalan memberi bayangan untuk menurunkan barisan kedua apabila mengakui mahu memberi peluang kepada pemain yang jarang beraksi pada musim ini selain turut memanggil beberapa pemain daripada skuad Piala Presiden untuk menyertai sesi latihan bersama pemain utama.

“Barisan kesebelasa­n utama untuk perlawanan menentang JDT masih belum diputuskan kerana saya perlu menilai pemain yang terbaik dan bersedia sepenuhnya untuk diturunkan dan perlu meneliti jika ada pemain yang masih mengalami kecederaan.

“Jadi, saya perlu menunggu sehingga latihan terakhir esok (hari ini) sebelum memutuskan kesebelasa­n utama terbaik. Saya bukan ‘menyimpan’ pemain tetapi mahu memberi peluang kepada pemain lain serta pemain muda termasukla­h beberapa pemain yang dipanggil daripada skuad Piala Presiden,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan, semalam.

Tetap serius

Skuad Merah Kuning itu turut beroleh berita gembira apabila perancang tengah importnya, Mauro Olivi dilihat sudah cergas sepenuhnya dan mampu untuk diturunkan pada perlawanan menentang pasukan Harimau Selatan itu.

Dalam masa sama, bekas pertahanan The Red Giants itu mahukan anak buahnya mengekalka­n rekod positif yang dilakar ke atas pasukan Harimau Selatan itu musim ini selepas terikat 1-1 pada aksi Piala Sumbangsih, Februari lalu.

“Saya tidak mahu memikirkan mengenai peluang untuk mencalar rekod JDT yang belum lagi tewas musim ini kerana keutamaan adalah untuk mendapatka­n keputusan yang positif pada aksi Sabtu ini (malam esok).

“Kami tetap memandang serius perlawanan ini dengan tiga mata tetap menjadi sasaran kami. Keputusan baik yang diperoleh pada aksi itu akan menjadi motivasi buat kami sebelum mengharung­i perlawanan akhir,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia