Berita Harian

T-team cari penawar ubati kekecewaan gagal ke final

- - Oleh Faizul Azlan Razak

Kuala Terengganu: Ketua pasukan T-team, Mohd Hasbullah Awang menuntut rakan sepasukan melupakan episod duka gagal ke pentas akhir Piala Malaysia sebaliknya memberi fokus menjelang aksi terakhir Liga Super menentang Pahang di di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, esok.

Pemain pertahanan itu berkata, sekalipun perlawanan itu tidak membawa apa-apa makna, namun kemenangan perlu dicari untuk sekurang-kurangnya mengubati kekecewaan mereka.

“Kemenangan ke atas Pahang sekurangku­rangnya dapat mengubat duka pasukan dan tetap turun dengan bersungguh­sungguh sekalipun ia hanya perlawanan itu untuk melengkapk­an jadual musim ini.

“Kami mahu menutup saingan musim ini dengan kemenangan dan tidak mahu lagi dikecewaka­n di laman sendiri,” katanya kepada BH Sukan, di sini, semalam.

Sambil lewa

Mohd Hasbullah berkata, biarpun masih merasai gagal membawa The Titans ke pentas akhir buat kali pertama, namun ia tidak bermakna mereka akan turun dengan sambil lewa.

Katanya, maruah pasukannya harus dijaga, apatah lagi bermain di gelanggang sendiri dan pemain perlu bersikap profesiona­l kerana tugas bersama pasukan masih belum selesai.

“Kemenangan ke atas Pahang adalah penawar buat kami dan tidak mahu ia terus dikecewaka­n.

“Jadi, siapa pun pemain yang diturunkan harus memberikan aksi yang terbaik dan mahu hadiahkan kemenangan kepada penyokong,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia