Berita Harian

Peluang Syawal, Azmeer

Pamer aksi terbaik untuk pikat Cheng Hoe menjelang final Piala Malaysia

- Oleh Izzali Ismail

Aksi terakhir Liga Super menentang FELDA United di Stadium Darul Aman, malam ini harus menjadi medan terbaik kepada Syawal Nordin dan Azmeer Yusoff untuk memikat hati dan meyakinkan lagi Tan Cheng Hoe menjelang final Piala Malaysia menentang Selangor.

Selepas beraksi baik ketika menggantik­an Khairul Helmi dan Ariff Farhan pada separuh akhir kedua menentang Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Cheng Hoe mungkin menggunaka­n aksi menentang FELDA untuk menguji mereka sekali lagi.

Malah Cheng Hoe mengakui dia mungkin pening dalam memikirkan barisan pertahanan terbaik bagi diturunkan menentang Selangor di Stadium Shah Alam, 30 Oktober ini seandainya kedua-dua pemain itu terus menyerlah.

Persembaha­n meyakinkan

“Persembaha­n oleh dua pemain gantian iaitu Syawal dan Azmeer yang menggantik­an dua pemain pertahanan utama iaitu Khairul dan Ariff pada perlawanan separuh akhir lalu, meyakinkan saya.

“Saya mungkin menguji mereka lagi malam esok (malam ini) dan saya harap keserasian gandingan mereka dengan pemain import Bang Seung Hwan dan Rizal Ghazali terus bertambah dan peluang kedua-duanya untuk beraksi di final Piala Malaysia mungkin cerah,” kata Cheng Hoe.

Pada aksi menentang PDRM, Cheng Hoe menyenarai­kan Syawal dan Azmeer selepas dua tonggak Khairul Helmi dan Ariff tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Ternyata kepercayaa­n dan peluang yang diberikan oleh Cheng Hoe berjaya dimanfaatk­an oleh dua pemain pertahanan ini dengan menampilka­n aksi persembaha­n meyakinkan.

 ??  ??
 ??  ?? Syawal (dua dari kiri) beraksi cemerlang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Sabtu lalu.
Syawal (dua dari kiri) beraksi cemerlang pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia