Berita Harian

Mat Zan tetap fokus julang MU

- Oleh Nazri Abu Bakar

Melaka: Ketika kedudukan dirinya belum terjamin sama ada ditawarkan membimbing Melaka United (MU) atau digugurkan musim depan, jurulatih skuad Hijau Putih, Mat Zan Mat Aris berharap dapat menamatkan kempen musim ini dengan bergaya malam esok.

Malah baginya saingan terakhir bertemu Sime Darby di Stadium Hang Jebat itu amat penting kerana trofi Liga Perdana akan diserahkan kepada MU dan tidak mahu kemeriahan sambutan kejayaan itu dicacatkan dengan kekalahan kepada lawan itu.

Mat Zan berkata, dia tidak mahu memikirkan kedudukann­ya bakal diberi tanggungja­wab mengemudi skuad MU atau tidak pada aksi Liga Super musim depan selepas kontraknya bersama MU berakhir baru-baru ini.

Suntikan motivasi

“Saya akan terus memberi suntikan motivasi kepada pemain untuk memastikan kita beroleh Jurulatih Melaka United kemenangan sekali gus menceriaka­n 30,000 penyokong yang hadir.

“Walaupun tidak dapat menurunkan penyerang Palestin, Yashir Pinto akibat kecederaan namun ia bukan halangan untuk rakan sepasukann­ya memperaga persembaha­n terbaik,” katanya.

Mat Zan berkata, dia hanya melaksanak­an tugasan yang diamanahka­n dan biar masa menentukan masa depannya bersama skuad Hang Tuah itu.

 ??  ?? Melaka United kehilangan sentuhan Yashir Pinto, malam esok.
Melaka United kehilangan sentuhan Yashir Pinto, malam esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia