Berita Harian

Public Bank catat untung bersih RM3.72B

Pendapatan suku ketiga naik 2.37 peratus kepada RM5.03B

- Oleh Mahanum Abd Aziz

Public Bank Bhd mencatat prestasi kewangan kukuh dengan untung bersih meningkat 4.3 peratus kepada RM3.72 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2016.

Dalam tempoh dikaji, pendapatan meningkat 5.38 peratus kepada RM15.02 bilion daripada RM14.25 bilion tempoh sama sebelumnya.

Bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016, untung bersih kumpulan perbankan itu meningkat 3.06 peratus kepada RM1.24 bilion daripada RM1.20 bilion pada suku sama tahun sebelumnya.

Pendapatan suku ketiga naik 2.37 peratus kepada RM5.03 bilion berbanding RM4.91 bilion.

Pengasas dan Pengerusi Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata kumpulan perbankan itu berjaya membuktika­n keupayaann­ya untuk memperoleh keuntungan yang stabil meskipun berdepan persekitar­an operasi yang mencabar.

“Kejayaan itu dicapai berikutan strategi padu kumpulan dalam memperkuku­hkan bidang perniagaan perbankan runcitnya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam tempoh sembilan bulan 2016, jumlah pendapatan operasi Kumpulan Public Bank meningkat 5.4 peratus terutama dipacu pertumbuha­n pinjaman dan depositnya yang terus berkembang pada kadar tahunan, dengan masing-masing sebanyak 7.2 peratus dan 7.4 peratus.

Jumlah pinjaman berkembang

Bersandark­an persekitar­an operasi yang mencabar, kumpulan perbankan itu juga menunjukka­n keteguhan melalui nisbah kos kepada pendapatan­nya yang cekap sebanyak 32.5 peratus, dan nisbah pinjaman penguranga­n kasar yang rendah sebanyak 0.5 peratus.

Bagi sembilan bulan 2016, jumlah pinjaman Kumpulan Public Bank berkembang pada kadar tahunan 7.2 peratus kepada RM288 bilion.

Di pasaran domestik, kumpulan perbankan itu terus mencatatka­n prestasi pinjaman melebihi industri, dengan pertumbuha­n pinjaman pada kadar tahunan 7.8 peratus berbanding pertumbuha­n dalam industri perbankan dalam negeri 2.8 peratus.

Aktiviti pemberian pinjaman kumpulan terus dipacu oleh perlanjuta­n kredit, terutama bagi pembelian hartanah kediaman dan kenderaan penumpang, selain perusahaan kecil dan sederhana.

Jumlah deposit Kumpulan Public Bank mencatat pertumbuha­n tahunan 7.4 peratus bagi suku ketiga 2016.

Sebagai kumpulan perbankan paling cekap dari segi kos di Malaysia, Kumpulan Public Bank terus mengekalka­n nisbah kos kepada pendapatan rendah sebanyak 32.5 peratus pada tempoh berkenaan, jauh lebih baik daripada nisbah kos kepada pendapatan industri perbankan sebanyak 48.8 peratus.

 ??  ?? Teh Hong Piow
Teh Hong Piow

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia