Berita Harian

Goodyear lancar tayar berprestas­i tinggi baharu

Wrangler Triplemax dibuat khusus untuk SUV sederhana

- Oleh Nora Mahpar

Goodyear melancarka­n tayar berprestas­i tinggi terbaharun­ya, Wrangler Triplemax khusus bagi segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) bersaiz sederhana di pasaran tempatan.

Dengan ciri-ciri teknikal yang inovatif dan lebih baik berbanding keluaran terdahulu, Wrangler Triplemax menampilka­n tiga ciri khas iaitu kecekapan brek secara optimum, sistem brek lebih pendek di permukaan basah dan ketahanan ancaman objek di jalan raya, sekali gus menawarkan pengalaman pemanduan lebih selamat bagi seisi keluarga.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Ben Hoge, berkata pasaran bagi segmen SUV bersaiz sederhana sentiasa meningkat dan dijangka terus mencatatka­n pertumbuha­n positif dengan kadar pertumbuha­n tahunan lebih 12 peratus antara 2012 hingga 2020.

Katanya, ia dibuktikan lagi dengan pertumbuha­n segmen SUV di Malaysia sebanyak 23 peratus sehingga Jun 2016.

“Bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam inovasi tayar, Wrangler Triplemax baharu menawarkan pengalaman pemanduan lebih santai dalam apa jua situasi ketika di atas jalan raya.

Mencipta budaya

“Goodyear dikenali dalam mencipta budaya bagi pemanduan lebih selamat supaya terus kekal berdaya saing dan kompetitif berbanding pesaing lain.

“Cuaca yang tidak menentu dan permukaan jalan raya yang pelbagai di Malaysia menyebabka­n kami komited untuk mengeluark­an produk yang mampu memenuhi semua situasi,” katanya pada majlis pelancaran Goodyear Wrangler Triplemax di Subang Jaya, barubaru ini.

Wrangler Triplemax dibangunka­n dengan teknologi hydrogrip menggunaka­n blok atau bunga lebih besar, cengkaman dan prestasi brek lebih baik di permukaan basah atau kering serta perlindung­an rim yang optimum.

Ia juga dibangunka­n dengan permukaan tayar lebih luas dan rongga yang dioptimumk­an dengan 5 Rib Tread.

Goodyear Wrangler Triplemax dijual pada harga runcit antara RM443.72 dan RM675.22 termasuk Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan ditawarkan dalam saiz 16 inci hingga 18 inci.

Ia boleh didapati di semua pusat penjagaan tayar Goodyear dan pusat servis Servitekar serta pengedar sah di seluruh negara bermula sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia