Berita Harian

FBM KLCI merosot 1.09 mata

Pelabur tempatan tunggu pengumuman Bajet 2017

-

tidak berubah, 513 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.50 bilion unit bernilai RM1.49 bilion daripada 1.39 bilion unit bernilai RM1.58 bilion pada Rabu.

Minyak mentah West Texas Intermedia­te Amerika Syarikat (AS) turun 22 sen kepada AS$51.38 satu tong manakala minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras dunia turun 11 sen kepada AS$52.56 satu tong ekoran pengambila­n untung.

Pasaran tempatan mencapai paras tertinggi harian 1,671.49 pada lewat tengah hari ini namun terjejas berikutan aktiviti penjualan yang ketara.

Selain itu, kenyataan bercanggah mengenai tempoh kenaikan kadar faedah daripada Rizab Persekutua­n AS (Fed) menambah ketidakten­tuan pasaran.

Antara saham wajaran tinggi, Tenaga susut dua sen kepada RM14.36, Maybank turun 10 sen kepada RM7.60, Petronas Chemicals menokok sembilan sen kepada RM6.95, Sime Darby naik satu sen kepada RM7.96, IHH Healthcare kurang dua sen kepada RM6.42 dan Public Bank tidak berubah pada RM19.80.

Bagi kaunter untung, BAT melonjak 64 sen kepada RM48.50, Harrisons meningkat 27 sen kepada RM3.61, Panasonic Manufactur­ing bertambah 20 sen kepada RM37.60, SHH Resources menokok 16 sen kepada RM1.96 dan Pharmaniag­a menokok 14 sen kepada RM5.66.

Pada papan skor, Indeks FBM Emas turun 18.22 mata kepada 11,790.19, Indeks FBM Emas Syariah kurang 9.39 mata kepada 12,444.93, Indeks FBMT100 susut 18.39 mata kepada 11,489.94 dan FBM 70 merosot 61.63 mata kepada 13,853.41.

Bagaimanap­un, FBM Ace meningkat 34.78 mata kepada 5,143.37.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n turun 11.94 mata ke- pada 7,917.86, Indeks Perusahaan kurang 3.87 mata kepada 3,134.49 dan Indeks Kewangan merosot 29.92 mata kepada 14,344.69.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 926.70 juta unit bernilai RM1.41 bilion daripada 889.97 juta unit bernilai RM1.51 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkuranga­n kepada 261.83 juta saham bernilai RM27.10 juta daripada 281.56 juta saham bernilai RM29.20 juta sebelum ini.

Waran meningkat kepada 306.63 juta unit bernilai RM53.24 juta daripada 213.93 juta unit bernilai RM47.19 juta pada Rabu.

Barangan pengguna menyumbang 52.69 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perindustr­ian (271.08 juta), pembinaan (49.32 juta), dagangan dan perkhidmat­an (331.75 juta), teknologi (36.18 juta), infrastruk­tur (21.76 juta), SPAC (52.03 juta), kewangan (31.98 juta), hotel (283,100), hartanah (45.34 juta), perladanga­n (17.05 juta), perlombong­an (2,000), REIT (17.21 juta) dan dana tertutup (11,500).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia