Berita Harian

Harga minyak pacu saham firma tenaga

-

Laporan berkenaan adalah berita positif terbaharu bagi pasaran minyak, yang merekodkan rali sejak Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) bulan lalu bersetuju untuk mengurangk­an output dalam usaha menangani lambakan global.

Walaupun harga minyak merosot semalam, kenaikan hari sebelumnya memberikan sokongan kepada syarikat tenaga di seluruh Asia.

Antara lain, firma disenaraik­an di Hong Kong, CNOOC menokok lebih daripada dua peratus dan Petrochina berada tiga peratus lebih tinggi.

Di Sydney, BHP Billiton menambah 1.7 peratus manakala firma Jepun, Showa Shell Sekiyu meningkat 0.8 peratus.

Bagaimanap­un, pasaran serantau gagal mengekalka­n kenaikan awal dagangan apabila pelabur mula mengaut keuntungan.

Tokyo ditutup 1.4 peratus lebih tinggi, manakala Hong Kong berakhir naik 0.3 peratus dan Sydney menokok 0.1 peratus.

Shanghai dan Seoul masingmasi­ng ditutup sedikit rendah, manakala Singapura susut 0.2 peratus pada tengah hari.

Dalam dagangan awal Eropah, London susut 0.2 peratus namun Frankfurt dan Paris masing-masing naik 0.2 peratus.

 ?? [ FOTO AGENSI ] ?? Kenaikan harga minyak dorong peningkata­n kebanyakan pasaran Asia.
[ FOTO AGENSI ] Kenaikan harga minyak dorong peningkata­n kebanyakan pasaran Asia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia