Berita Harian

Buru siakap dekat jambatan

Perairan Batu Kawan jadi tumpuan setiap hujung minggu

-

Sebelum Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dibina, pesisir pantai Batu Kawan adalah kawasan hutan bakau dan nipah, hanya dihuni siakap merah serta ketam nipah.

Namun, sejak tiga tahun lalu, apabila pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang itu siap, ia menjadi lubuk terbaik untuk kaki pancing memburu siakap merah dan siakap putih.

Saban hari ada saja kaki pancing mengunjung­i kawasan berkenaan dan jumlahnya meningkat pada hujung minggu atau cuti umum, sama ada menaiki bot gentian kaca mahupun berkayak.

Bagi Rospaizal Ismail atau Faiz, memancing di atas kayak berhampira­n tiang jambatan dan sekitar pokok bakau amat mencabar, lebih-lebih lagi ketika melayan ikan yang tersangkut di mata kail.

“Setiap kali ikan menarik ke celah-celah pokok, kayak kita juga bergerak ke arah yang sama.

“Jika ikan bersaiz besar, ia akan menarik laju dan kita harus bertindak pantas untuk menyekatny­a, sekiranya lambat, akan tersangkut,” katanya kepada Joran.

Gemar umpan hidup

Siakap merah atau putih dekat jambatan ini memang suka menyambar gewang dan paling digemari Rapala skitter pop kerana percikan air serta bunyi yang dikeluarka­n mengganggu ikan berkenaan.

“Joran digunakan,

Daiwa berkekuata­n 8 - 17 paun, manakala kekili Shimano CQ101. Tali utama berkekuata­n 12-20 paun dengan perambut leader 50 paun.

“Umpan udang hidup juga digemari siakap, tapi perairan berkenaan banyak terdapat ikan tilapia air payau yang suka membahamny­a.

“Kalau lima ekor umpan hidup digunakan, mungkin satu atau dua disambar siakap,” kata Faiz.

Kena pilih waktu sesuai

Faiz berkata, bukan setiap masa boleh memancing siakap merah atau putih di perairan Batu Kawan, sebaliknya ada masa tertentu.

Katanya, ikan galak memakan umpan atau menyambar gewang sekitar jam 8 hingga

11.30 pagi, manakala pada sebelah petang antara jam 3 hingga 6.30 petang.

“Kunjungan saya baru-baru ini sekitar jam 7 hingga 11 pagi, sebanyak enam siakap putih dan tiga siakap merah berjaya didaratkan.

“Sebelum memancing, saya sempat memasang empat perangkap ketam dan berjaya memperoleh lapan ekor ketam nipah,” katanya.

Faiz berkata, kebiasaann­ya beliau bersendiri­an memancing di Batu Kawan dan hanya seekor dua hasil tangkapan dibawa pulang, sementara yang lain diberikan kepada rakan atau orang kampung.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Lokasi memancing siakap di Batu Kawan.
Lokasi memancing siakap di Batu Kawan.
 ??  ?? Siakap putih tewas dengan gewang Faiz.
Siakap putih tewas dengan gewang Faiz.
 ??  ?? Faiz bersama siakap yang dipancing.
Faiz bersama siakap yang dipancing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia