Berita Harian

Hanyut bakal masuk panggung

Selepas sekian lama terperap, filem epik arahan U-wei temui penonton 24 November

-

Sudah beberapa kali berita kononnya filem Hanyut, arahan U-wei Saari bakal ditayangka­n di pawagam tersebar, namun hakikatnya ia sekadar khabar angin. Bagaimanap­un, berita yang amat ditunggu-tunggu akhirnya menjadi kenyataan apabila buah tangan pengarah sensasi itu akan menemui khalayak 24 November depan.

Berita gembira itu nyata disambut penuh kegembiraa­n oleh seluruh warga kerja produksi filem berkenaan, terutama

U-wei sendiri, kerana sudah sekian lama naskhah itu terperap apabila berdepan masalah kewangan untuk menjalanka­n aktiviti promosi.

Ketika ditemui barubaru ini, sutradara yang pernah menghasilk­an filem

serta itu meluahkan perasaan lega apabila filem berkenaan dapat juga ditayangka­n kepada umum.

“Tidak ada yang lebih menggembir­akan apabila melihat buah tangan saya ini dapat juga menemui penonton. Seperti ramai sedia maklum, filem ini tidak dapat ditayangka­n kerana kami menghadapi masalah kewangan untuk melaksanak­an rangka promosi yang dirancang lebih awal.

Promosi berbeza

“Walaupun saya tidak mendapat sejumlah wang seperti yang diperlukan untuk tujuan promosi, saya tetap usahakan dengan cara lain supaya filem ini dapat ditayangka­n. Mungkin cara promosinya berbeza kerana dilakukan dalam keadaan yang terhad dan serba kekurangan.

“Berikutan itu saya menggunaka­n pendekatan seperti hari ini, iaitu pemasangan poster gergasi dan juga menampilka­n orang biasa dalam posternya sebagai tarikan,” katanya ketika ditemui pada majlis memasang poster raksasa Hanyut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah pelakon filem terbabit iaitu Adi Putra, Diana Danielle, Normah Damanhuri, Khalid

Salleh dan Anwar Idris.

Poster berukuran 30 meter itu digantung di bangunan Cahaya Suria di antara Jalan Tun

Perak dan Jalan Silang, di tengah-tengah ibu kota yang disifatkan U-wei sebagai lokasi strategik.

Jumlah pawagam tak mencukupi

Meskipun berpuas hati dan gembira kerana hasratnya untuk melihat filem terbabit akhirnya memasuki panggung menjadi realiti, namun tegas U-wei, ia tidak bermakna dirinya sudah boleh menarik nafas lega kerana beliau yakin pasti akan ada halangan menanti.

“Sebagai pengarah, beban atau tanggungja­wab saya terhadap filem ini belum tamat. Ada perkara yang saya masih tidak berpuas hati, terutama dari segi jumlah panggung yang menayangka­n filem ini. Saya cuma mendapat 45 panggung dan jumlah itu tidak mencukupi. Bagaimanap­un, saya masih mengharapk­an jumlah itu bertambah nanti.

“Saya faham, pemilik panggung agak payah menentukan perkara terbabit kerana naskhah saya ini sukar untuk dirujuk dengan manamana filem lain. Kalau ada sebuah filem francais yang laku, mereka akan beri kepercayaa­n. Apa pun, itu semua adalah risiko yang perlu saya hadapi. Apa yang penting saya kena pastikan filem ini ditonton ramai. Itu saja,” tegasnya. Pengarah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia