Berita Harian

Fara juri p rogram realiti agama

Akui gemuruh ditawarkan tugas besar dalam Pencetus Ummah 4

-

Selama lebih sedekad mewarnai dunia hiburan dalam bidang pengacaraa­n dan penyampaia­n radio, buat julung kali, Fara Fauzana, 36, diberi mandat menggalas tanggungja­wab sebagai juri program realiti bercorak keagamaan.

Bakal duduk sebaris dengan pendakwah terkemuka, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza, bekas penyampai Hot FM itu mengaku dirinya gemuruh dan tertekan ketika awal-awal tawaran menjadi sebahagian daripada program Pencetus Ummah (PU) musim keempat diberikan.

Begitupun, keyakinan mula dirasakan oleh wanita ini apabila dirinya diberikan penjelasan dengan sebaiknya berhubung tugas yang akan dipikul selama tujuh minggu PU berlangsun­g.

Tengok cara Abby Fana bekerja

Fara menjelaska­n, bukan mengkritik pengisian, sebaliknya beliau akan menjadi ‘mata penonton’ dan perlu menyuaraka­n pandangan, selain menilai peserta dari sudut persembaha­n mereka saja.

“Memang gemuruh, tetapi sebagai persediaan untuk malam itu nanti, saya perlu mengkaji lebih banyak teknik penjurian.

“Selain itu saya juga menonton dan melihat bagaimana bekas juri persembaha­n PU untuk tiga musim lalu, Abby Fana, melakukan tugasnya supaya saya faham apa yang perlu saya tegur dan nilaikan,” katanya ketika ditemui selepas majlis sidang media rancangan berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.

Tampil sebagai diri sendiri

Menyedari dirinya pasti akan menjadi bahan bualan dan sindiran, selain tidak terlepas dilabel sebagai ‘ustazah’ apabila terbabit dalam program terbabit, Fara terlebih dahulu mempersiap­kan dirinya bagi berdepan dengan situasi sebegitu.

Menganggap dirinya masih dalam proses pembelajar­an, Fara berkata, beliau akan menjadi dirinya yang sebenar menerusi penampilan yang dirasakan selesa untuknya.

“Kalau disuruh untuk tampil dengan mengenakan jubah, sejak awal saya sudah maklumkan kepada penerbit, saya tidak mahu.

“Saya meletakkan diri saya sebagai insan yang baru belajar. Sebab itu saya akan tampil seperti diri saya sendiri. Penerbit tidak kisah, asalkan saya tidak memakai turban mahupun berpakaian ketat meskipun saya masih mengacarak­an rancangan hiburan Muzik-muzik, setiap Jumaat,” katanya.

Tiada had umur peserta

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali, berkata meskipun umat Islam kini berdepan pelbagai cabaran, namun konteks dakwah masih kekal sama.

“Cuma cara penyampaia­n yang berkesan dan bersesuaia­n dengan zaman, mengikut acuan serta panduan Islam yang sebenar mampu menjulang Islam pada peringkat lebih tinggi. Perkara itulah yang ingin dizahirkan dalam

PU, dengan misi menyatukan hati kita semua.

“Istimewany­a tahun ini, kami tidak menetapkan had umur peserta. Paling penting, mereka mampu menyampaik­an tazkirah dengan menarik dan kreatif, selain berpendidi­kan agama,” katanya.

Faizal, Anis serikan rancangan

PU musim terbaharu menampilka­n seramai sembilan peserta daripada latar belakang yang berbeza-beza dari segi usia, pendidikan dan pengalaman.

Selain Fara dan Dr Maza, penceramah terkenal, Datuk Ustaz Badli Shah Alauddin pula menggalas tugas sebagai Mudir, manakala pelakon terkenal, Fauziah Nawi bertindak sebagai Guru Persembaha­n.

Menyuntik nafas baharu bagi musim ini juga, PU4 akan menampilka­n personalit­i popular, Faizal Ismail, sebagai pengacara utama di samping PU Azman. Menyerikan acara, buat julung kalinya program Serambi PU akan dikendalik­an oleh pelakon dan penyanyi wanita,

Anis Al Idrus.

 ??  ?? Juri tetap PU, Fara Fauzana (kiri) bersama Dr Maza pada majlis sidang media PU musim ke-4.
Juri tetap PU, Fara Fauzana (kiri) bersama Dr Maza pada majlis sidang media PU musim ke-4.
 ??  ?? Sembilan peserta PU musim ke-4.
Sembilan peserta PU musim ke-4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia