Berita Harian

Pakar lubuk laut Bintulu

-

Pakar lubuk tenggiri Bintulu, adalah nama jolokan untuk tekong Benz Kucai atau nama sebenarnya Farizal Rosli, 37 tahun.

Beliau menjadi rebutan pemancing yang ingin merasai sentapan hebat ikan bergigi tajam itu, yang dikatakan banyak di perairan yang kaya dengan cecair gas asli berkenaan.

Musim tenggiri di Bintulu, Sarawak bermula awal April sehingga Oktober, namun tidak semua tekong bot memancing di perairan berkenaan tahu mengenai kedudukan lubuk ikan terbabit.

Tekong Benz Kucai, seorang pemilik bot memancing sewa di Bintulu yang mengetahui kedudukan lubuk ikan terbabit dan waktu sesuai memancing ikan berkenaan.

Sepanjang tempoh itu, semua pakej memancing yang beliau tawarkan pada setiap Sabtu dan Ahad atau cuti umum habis ditempah kumpulan pemancing. Pakej yang ditawarkan iaitu sama ada pakej pergi, balik ke jeti petang atau pergi lewat petang dan balik ke jeti pagi berikutnya.

Pakej memancing, umpan tiruan

Ada juga peserta mengambil pakej memancing dua hari satu malam, pergi pagi Sabtu dan balik pada sebelah tengah hari atau petang Ahad.

Selain itu, tekong Benz Kucai digelar tekong ‘micro jig’ berikutan beliau yang memperkena­lkan teknik menggunaka­n umpan tiruan daripada besi itu kepada pemancing di Bintulu sejak 2012.

Beliau berkata,

‘micro jig’ adalah antara umpan tiruan yang digunakan dalam kaedah mengilat atau ‘casting’.

Katanya, alat itu disebut ‘micro jig’ kerana ukuran jig yang digunakan sangat kecil iaitu antara lima hingga lapan sentimeter dan berat antara 15 hingga 30 gram berbanding jig biasa.

“Adadalamka­langan penggunany­a menyebut peralatan itu sebagai ‘jigcast’ ekoran bentuknya seperti ‘jig’, namun cara menggunaka­nnya ialah dilontar dan ditarik cepat,” katanya.

Tindakan tekong Benz Kucai kerap memuat naik gambar beliau dan pemancing yang dibawa bersamaika­ndalamlama­n sosial ‘facebook’ miliknya menjadikan beliau menjadi buruan pemancing.

Kemas kini aktiviti di laman sosial

Kemahiran menggunaka­n teknik ‘micro jig’ berjaya mempengaru­hi beberapa pemancing muda di Bintulu menggunaka­n kaedah berkenaan sepanjang lima tahun lalu. Kelebihan yang diperolehn­ya turut menarik minat agensi penerbitan majalah memancing menerbitka­n video bertajuk Penunggu Tiang Bintulu.

Malah beliau dilantik sebagai penguji lapangan untuk pelbagai peralatan memancing produk Malaysian Game Fishing Anglers, yang berpangkal­an di Ulu Tiram, Johor.

“Saya mengenali dunia memancing sejak sekolah rendah ketika itu Darjah Lima. Pengalaman mengikut bapa memancing udang di sungai, memancing ikan di muara dan kemudian ke laut dalam banyak membantu.

“Saya mula aktif sebagai tekong laut dalam sejak lima tahun lalu.

Kini sudah memiliki bot berukuran 8.83 meter panjang dan 2.28 meter lebar dengan enjin 60 kuasa kuda (hp).

“Bot memancing udang pula berukuran 5.48 meter panjang dan 1.52 meter lebar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia