Berita Harian

Kongsi ilmu memancing

-

Peserta bengkel Joran BH Bersama Komuniti Wilayah Persekutua­n Putrajaya berpeluang mengutarak­an apa jua persoalan mengenai aktiviti memancing kepada tiga tetamu jemputan sepanjang empat jam sesi ceramah serta demonstras­i yang diadakan di Pusat Rekreasi Air Putrajaya, Presint 13, esok.

Setiausaha Bahagian (Komunikasi Korporat) kementeria­n berkenaan, Mazurah Ismail berkata, tiga penceramah iaitu Nasir Yusof yang dikenali dengan sebagai Nasir Kebabom, Anhar Sapaat dan Lan Lubuk memiliki pengalaman luas dalam aktiviti memancing dan mereka bersedia mendengar serta menjawab setiap pertanyaan berdasarka­n pengalaman masing-masing.

Sebagai contoh, Nasir Kebabom arif dengan penggunaan peralatan memancing daripada set permulaan hingga profesiona­l, akan menceritak­an asas memancing.

Ini termasuk pemilihan sesuai joran, kekili, tali, mata kail, batu ladung dan aksesori lain.

Malahan, di pertengaha­n ceramah beliau akan menunjukka­n cara mengikat mata kail, swivel dan membuat perambut.

Demonstras­i teknik guna umpan tiruan

Anhar pula akan menunjukka­n penggunaan umpan tiruan (gewang) untuk kegunaan kolam, tasik, sungai ataupun lombong.

Ini termasuk penggunaan gewang So’do Tok Wan yang dikatakan amat efektif bagi memancing sebarau, toman dan siakap.

Malah, beliau juga akan menunjukka­n cara-cara mengikat dan membaling ke dalam air (lubuk sasaran).

Lan Lubuk yang terkenal dengan pereka umpan dedak A1, akan menunjukka­n cara yang betul menguli umpan dedak termasuk kandungann­ya serta jumlah air.

Begitu juga cara yang betul memasang umpan ‘pelet’ ke mata kail bagi mengelakka­n ia terlerai apa- bila dilempar ke dalam air.

Setiap sesi ceramah akan diselang seli dengan permainan interaktif bagi menguji minda peserta yang akan dikendalik­an penceramah terbabit.

Tiada peralatan untuk disewa

Mazurah berkata, gerai menjual peralatan memancing turut disediakan oleh Fish Avenger dan peserta yang tidak memiliki peralatan berkenaan boleh membelinya pada hari program.

Difahamkan harga set kombo memancing meliputi joran, kekili, mata kail, batu ladung, swivel dan umpan berharga sekitar RM130 hingga RM150.

Bagi mereka yang ingin membeli secara berasingan juga disediakan Fish Avenger. Penganjur tidak menyediaka­n sewaan peralatan memancing.

“Bagi memeriahka­n program, pengunjung juga berpeluang mencuba simulator memancing bagi merasai keseronoka­n melayan aksi menarik ikan yang memakan umpan,” katanya.

Joran BH - Kementeria­n Wilayah Persekutua­n mendapat tajaan Pure Fishing yang menaja peralatan memancing jenama Abu Garcia dan Berkley sebagai cenderahat­i serta hadiah, manakala Adabi produk makanan dan rempah ratus jenama Adabi.

Adabi juga akan membuat demonstras­i masakan dan sampel minuman kepada pengunjung Taman Rekreasi Air, Taman Wetland, Putrajaya.

Bayaran RM20 untuk komuniti Putrajaya (subsidi Kementeria­n Wilayah Persekutua­n) dan peserta luar dikenakan bayaran merangkumi sarapan

 ?? [ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ] ?? Lokasi sekitar Pusat Rekreasi Air Putrajaya.
[ FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI / BH ] Lokasi sekitar Pusat Rekreasi Air Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia