Berita Harian

Sedekah tidak kurangkan harta

Sifat bakhil cetus penyakit hati, binasakan umat terdahulu

-

Firman Allah SWT yang bermaksud: seksa yang amat hina.

Maksud bakhil dalam ayat ini ialah kikir untuk membuat kebaikan termasuk berbicara dengan baik, tidak memberi salam, tidak melakukan amar makruf nahi mungkar serta enggan bersedekah daripada rezeki kurniaan Allah SWT.

Bakhil juga menyebabka­n mereka tidak ingin berkongsi ilmu, idea dan pemikiran kerana mahu membezakan kedudukan dengan orang lain. Kebakhilan menjadi lebih buruk lagi apabila orang itu bertindak mempengaru­hi orang lain supaya bakhil sepertinya.

Ayat ini juga membayangk­an hakikat sebenar perasaan orang bakhil iaitu tidak selesa dengan orang yang suka membantu serta menganggap mereka sebagai pesaing kerana orang yang suka membantu pasti mendapat tempat istimewa dalam masyarakat.

Rasulullah SAW bersabda: “Takutilah (jauhilah) kezaliman kerana sesungguhn­ya kezaliman itu adalah kegelapan di hari kiamat dan takutilah (jauhilah) perangai bakhil kerana bakhil itu telah membinasak­an orang yang dahulu daripada kamu iaitu membawa mereka melakukan pertumpaha­n darah sesama mereka dan menghalalk­an perkara diharamkan kepada mereka.” (Riwayat Muslim)

Harta hanya pinjaman

Prof Dr Yusuf al-qaradawi menyebut, salah satu nilai rabbani paling utama dalam Islam ialah penetapan bahawa manusia bukannya pemilik harta yang hakiki tetapi hanya diberi kuasa untuk memanfaatk­an harta Allah SWT.

Mereka yang menginfakk­an harta disifatkan oleh Allah SWT sebagai orang yang mengharapk­an perniagaan tidak akan mengalami kerugian. Mereka sedar rahsia keuntungan sebenar ialah apabila dapat melakukan pengorbana­n membuang sifat kikir dan kedekut yang membelit jiwa.

Sudah tentu orang yang bersedekah secara sulit akan membebaska­n diri mereka daripada perasaan riak serta meninggi diri dan pada masa sama dapat menjaga air muka penerima.

Sumbangan yang diberi secara terang-terangan adalah sebagai peringatan kepada yang mampu supaya turut menyumbang dan pendinding daripada tohmahan manusia bahawa dia adalah seorang bakhil yang tidak menghirauk­an kesusahan orang lain.

Umat Islam dikehendak­i bersifat pemurah dan menjauhkan diri daripada bersifat bakhil. Tamak kepada dunia dan kedekut dengan apa yang dimiliki sentiasa mendorong manusia melakukan maksiat serta dosa yang menjurus kepada kemungkara­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia