Berita Harian

Jauhi aliran promosi akidah bertentang­an ahli sunah

-

Alhamdulil­lah dengan inayah dan pilihan Allah SWT, rantau ini telah menerima akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai pegangan beragama sehingga mempengaru­hi cara menyusun masyarakat dan bernegara.

Dari sudut akidah, masyarakat jelas terbimbing dengan menolak akidah mensyirikk­an Allah SWT seperti mengagungk­an imam tertentu seolah-olah tuhan yang memiliki langit dan bumi seperti difahami oleh golongan Syiah.

Muhammad Yaakub al Kulaini dalam kitab al-kafi jilid, bab ‘Dunia ini semua kepunyaan Imam’ meriwayatk­an daripada Abi Abdillah; “Sesungguhn­ya dunia dan akhirat adalah kepunyaan Imam. Dia boleh meletakkan­nya di mana dikehendak­inya. Itu adalah satu kebenaran dari pihak Allah kepadanya.”

Akidah ini wajib ditolak kerana bertentang­an firman Allah SWT yang bermaksud:

(Surah al-a’raf, ayat 128)

Umat Islam wajib menolak akidah mengistila­hkan imam mampu mengetahui perkara lalu dan akan datang serta tidak tersembuny­i daripada pengetahua­n mereka sesuatu pun. Sedangkan jelas lagi nyata bahawa hanya yang Maha Tahu adalah Allah SWT.

Al-quran tidak asli

Perkara asas telah diperkukuh­kan dalam akidah kita ialah al-quran diturunkan Allah SWT kepada rasul

Nya terpelihar­a dengan jaminan Allah SWT. Justeru, sesiapa beriktikad al-quran telah ditambah, dikurang, diubah atau diseleweng, maka ia menjadi kafir dan terkeluar dari agama Islam.

Ibnu Hazm dalam kitab al-durrah fima Yajibu I’tiqaduhu menyatakan, sesiapa yang berkata berlaku kekurangan satu huruf pada al-quran selepas kewafatan Rasulullah SAW atau ditambah padanya satu huruf, maka sesungguhn­ya ia menjadi kafir dan terkeluar dari agama Islam.

Sudah ada promosi satu aliran dan ajaran mengatakan al-quran hari ini bukan asli manakala yang asli dan hakiki akan tiba bersama imam yang bakal muncul pada akhir zamannanti.inilahyang dijadikan pegangan oleh golongan sesat itu.

Seorang tokoh mereka, Al Husin bin Muhammad Taqiyy An Nury At Tabrasy mengarang kitab khusus bagi membuktika­n berlaku perubahan pada al-quran diberi tajuk

yang mensabitka­n berlaku perubahan pada kitab Tuhan.

Tolak sahabat nabi

Sahabat Rasulullah SAW mempunyai martabat yang tinggi dan kedudukan istimewa dalam Islam. Mereka adalah generasi pertama yang telah memberi pengorbana­n serta berjihad bersama Rasulullah Sawuntukme­negakkan Islam, menghancur­kan kuasa kufur dan syirik.

Kedudukan mereka diperakui dalam ayat alQuran seperti firman-nya yang bermaksud: (Surah at-taubah, ayat 100)

Bagaimanap­un, Muhammad Baqir al Majlisi menyebut dalam Bihar al-anwar yang menjadi rujukan golongan sesat bahawa hadis menunjukka­n kekufuran Abu Bakar dan Umar lebih banyak daripada yang mampu disebut dalam kitab itu.

Sebenarnya banyak lagi persimpang­an sukar untuk menemukan titik keharmonia­n khususnya bersangkut­an akidah antara aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan golongan jauh tersimpang daripada ajaran Islam sebenar. Berjuangla­h untuk mengekalka­n negara ini sebagai negara sunni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia