Berita Harian

Tasawuf bina jati diri umat

Maqam Islam, iman benteng bersihkan jiwa

-

Hadis diriwayatk­an Imam Muslim ada menjelaska­n mengenai Malaikat Jibril yang datang berjumpa Rasulullah SAW serta bertanyaka­n kepada Baginda apakah yang dimaksudka­n dengan Islam, iman dan ihsan.

Apabila Jibril bertanyaka­n mengenai ihsan, Rasulullah SAW menjawab, “Ihsan ialah bahawa engkau menyembah

Allah seolah-olah engkau melihat-nya, tetapi jika engkau tidak melihat-nya, maka sesungguhn­ya Ia melihat engkau.”

Hadis ini menjadi sandaran kepada ajaran tasawuf dalam Islam yang menepati takrifan ilmu tasawuf sebagai pengamalan syariat pada maqam ihsan. Ulama terkenal dari Fez Maghribi, Sheikh Ahmad Zarruq dalam bukunya ‘al-qawaid al-tasawuf’ mensyarahk­an bahawa ketiga-ketiga persoalan ditanyakan oleh Jibril itu merujuk kepada maqam.

Maqam pertama ialah maqam Islam yang mana seseorang itu perlu mempelajar­i hukum-hakam dan ilmu dikenali sebagai ilmu fekah. Maqam iman pula memerlukan seseorang itu memahami Islam dengan lebih mendalam melalui ilmu akidah atau disebut juga usuluddin dan ilmu kalam (sifat 20).

Pembersiha­n jiwa

Mempelajar­i ilmu itu membolehka­n kita memiliki ilmu akidah yang kukuh, mantap dan tidak mudah terpesong dengan ajaran sesat. Ketiga, maqam ihsan dan ajaran tasawuf memainkan peranan penting pada maqam ini bagi membersihk­an jiwa serta mendekatka­n diri kepada Allah SWT.

Tasawuf wujud pada zaman Baginda SAW, diamalkan oleh Baginda dan sahabat, namun pada ketika itu, ia tidak dipanggil tasawuf. Kerana itu, ulama menyebut tasawuf ini dulu hakikat tanpa nama, kini nama tanpa hakikat.

Banyak ayat al-quran merujuk kepada segolongan umat Islam yang mengkhusus­kan diri mereka bersama Baginda SAW untuk beribadah kepada Allah SWT, berzikir, menuntut ilmu dalam mencari keredaan-nya.

Pernah berlaku, Baginda SAW diminta segolongan yang ingin memeluk Islam dengan syarat supaya Baginda meninggalk­an golongan ahlul suffah. Baginda diminta bersabar dengan golongan itu dan jangan terpengaru­h ajakan mereka yang mahu memeluk Islam dengan meletakkan syarat itu.

Capai maqam ihsan

Nabi SAW menghabisk­an banyak masa bersama ahlul suffah yang niat mereka mencari reda Allah SWT, antaranya Salman al-farisi, Abu Dhar al-ghifari, yang mengkhusus­kan diri menuntut ilmu bukan mencari perhiasan duniawi.

Imam al-qurtubhi turut memetik kata-kata Imam Malik, sesiapa bertasawuf tanpa mendalami ilmu fekah itu akan menjadi zindiq, sesiapa mendalami fekah tanpa tasawuf dia akan menjadi fasiq dan sesiapa menggabung­kan kedua-duanya barulah dia mencapai hakikat sebenar ajaran Islam.

Tasawuf adalah pengamalan syariat pada maqam yang tinggi iaitu ihsan. Inti pati kepada tasawuf dijelaskan dalam al-quran yang mana Allah SWT menyebut manusia ini mempunyai jiwa yang diberi kecenderun­gan menjadi orang ingkar dan taat.

Ada kisah abid yang beribadah 100 tahun berasakan dirinya akan masuk syurga, namun di akhir hayatnya, beliau tergoda dengan pujukan iblis, lalu mengikut hawa nafsunya dan beliau mati dalam keadaan derhaka kepada Allah SWT.

Seorang yang memiliki ilmu dan banyak beribadah jangan berasa dirinya selesa kerana yang penting ialah ikhlas kepada Allah SWT. Jika dia ghurur maka segala amalannya itu sia-sia belaka.

Silibus di universiti

Tasawuf penting dalam membicarak­an mengenai pendidikan jiwa kerana ada momokan menakutkan kononnya tarekat itu sesat. Tidak dinafikan ada tarekat yang sesat, namun itu bukan alasan untuk menolak tasawuf.

Seperti mana wujudnya segelintir umat Islam tidak beramal dengan ajaran Islam bukan bermakna ajaran Islam itu tidak benar.

Pendidikan sepatutnya bertujuan untuk melahirkan insan yang menyeluruh sifatnya dengan budi pekerti mulia dan agung seperti Baginda SAW. Malangnya, universiti hari ini tidak menitikber­atkan akhlak dan nilai murni.

Oleh itu, walaupun kita melahirkan ramai graduan yang hebat dari segi kajian dan pemikiran pelbagai disiplin ilmu, namun mereka ketandusan akhlak kerana tidak ditekankan kepentinga­n ilmu tasawuf yang membina peribadi unggul serta mulia.

 ??  ??
 ??  ?? Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad
Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia