Berita Harian

Misi bersih tandas

WIDO laksana program amal jaga kebersihan kemudahan masjid di Melaka

-

Islam sentiasa mementingk­an kebersihan kerana ia menjadi tunjang utama dalam aspek kehidupan seharian. Memenuhi tuntutan itu, Pertubuhan Pembanguna­n Islam Sedunia (WIDO) meneraju program pembersiha­n tandas masjid di seluruh negeri Melaka.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) WIDO dinaungi 15 ahli jawatankua­sa terdiri daripada ahli perniagaan di bawah Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Melayu Melaka (DPPMM) aktif melakukan kerja pembersiha­n tandas masjid sejak setahun lalu.

WIDO tidak meletakkan sebarang kos terhadap kerja pembersiha­n dan penyelengg­araan tandas di setiap masjid yang dijelajahi, sebaliknya ia adalah infak serta tugas amal oleh sukarelawa­n pertubuhan berkenaan.

Pengerusi WIDO, Datuk Md Ramly Mohamad berkata, idea pembersiha­n dan penyelengg­araan tandas itu dicetuskan dalam perbincang­an bersama jawatankua­sa DPPMM yang awalnya ingin melakukan kerja amal membantu menaik taraf masjid uzur di selatan Thailand.

“Saya berpendapa­t, sebelum kita mencapai misi besar berkenaan adalah lebih baik memulakan infak kerja pembersiha­n dan penyelengg­araan tandas masjid di negeri Melaka. Usaha ini mendapat sokongan anggota DPPMM yang membawa kepada penubuhan WIDO,” katanya.

Modal kecil

Kos bagi kerja pembersiha­n dan penyelengg­araan tandas masjid boleh dikurangka­n jika semua umat Islam bersama berperanan menjaga kebersihan sementara WIDO membuktika­n

 ?? [FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN/BH] ?? Setiausaha Agung Pertubuhan Pembanguna­n Islam Sedunia (WIDO), Datuk Nur Sahar Osman (tiga dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa dan sukarelawa­n ketika program pembersiha­n tandas di Masjid Kariah Permatang Duyung, Melaka.
[FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN/BH] Setiausaha Agung Pertubuhan Pembanguna­n Islam Sedunia (WIDO), Datuk Nur Sahar Osman (tiga dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa dan sukarelawa­n ketika program pembersiha­n tandas di Masjid Kariah Permatang Duyung, Melaka.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Masjid Kariah Permatang Duyung, Melaka, antara masjid yang dibersihka­n sukarelawa­n.
Masjid Kariah Permatang Duyung, Melaka, antara masjid yang dibersihka­n sukarelawa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia