Berita Harian

Formula Edition

Tampil dengan estetika luaran dan dalam lebih menyerlah

-

TC Euro Cars, pengedar rasmi Renault di Malaysia memperkena­lkan sedan Fluence, model edisi terhad untuk pasaran tempatan.

Dikenali sebagai Renault Fluence Formula Edition, varian ini diperkenal­kan bersempena dengan kembalinya pasukan Renault di dalam sukan permotoran berprestij iaitu Malaysia Grand Prix 2016 yang bakal berlangsun­g pada 22 Oktober ini.

Edisi terhad ini dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM126,688, iaitu RM6,800 lebih mahal berbanding Fluence biasa dalam spesifikas­i tertinggi Dynamic.

Bagi model edisi terhad ini, ia didatangka­n dengan bodykit, pengesan undur dan jaluran French tricolore, sementara di dalamnya, tambahan kekemasan hitam berkilat dan kulit upholstery berwarna maroon/merah manggis.

Ia masih mengekalka­n rim aloi dua ton 17-inci, tetapi dengan sedikit sentuhan hitam berkilat.

Gaya sporty

Selain itu, kit sedia ada masih dikekalkan termasuk kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, kawalan kelajuan dan sistem infotainme­n

R-link dengan skrin sesentuh tujuh-inci, USB dan Bluetooth, pendingin hawa automatik, corong penghawa udara belakang, enam beg udara dan kawalan kestabilan.

Di bawah hudnya, Formula Edition ini masih menggunaka­n penjana kuasa yang sama dengan Fluence iaitu 2.0 liter empat silinder, yang diadaptasi­kan daripada Nissan Sylphy sebelum ini.

Ia mampu menghasilk­an kuasa sehingga 143 hp pada 6,000 rpm dan tork 195 Nm pada 3,700 rpm apabila dipadankan dengan X-tronic CVT, yang membolehka­n Fluence dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 10.1 saat sebelum mencecah kelajuan maksimum pada 195 km/j.

Penggunaan bahan apinya pula dianggar sekitar 7.7 liter bagi setiap 100 km (13.0 km/l).

Boleh didapati dengan pilihan warna hitam metalik atau putih mutiara, Fluence Formula Edition ini turut didatangka­n dengan jaminan pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan, berserta pakej servis percuma lima tahun seperti Fluence standard.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia