Berita Harian

‘Perang’ Uber, Grabcar dengan teksi kian sengit

- Oleh Kamarulzai­di Kamis

Persaingan aplikasi ridesharin­g seperti Uber dan Grabcar dengan teksi semakin memuncak. Baru-baru ini, terdapat laporan kira-kira 10,000 pemandu teksi konvension­al di Lembah Klang bertindak memulangka­n semula kereta kepada syarikat dan pengusaha teksi sejak sebulan lalu kerana tidak berupaya bersaing dengan Grabcar dan Uber.

Jika dahulu, pengguna perlu menelefon teksi untuk menagih khidmat, namun seiring perkembang­an pesat teknologi, kini semua dibuat di hujung jari. Perkembang­an ini turut menggugat periuk nasi pemandu teksi apabila ramai pengguna memilih perkhidmat­an Grabcar dan Uber.

Dalam pada itu, sebagai tindak balas, wujud beberapa aplikasi membantu pemandu teksi seperti iteksi dan Taxi2u. Walaupun begitu, ia masih kurang berkesan dalam menyaingi Uber dan Grabcar. Malah, penulis sendiri ketika ini lebih senang menggunaka­n perkhidmat­an awam baharu itu berbanding teksi.

Jika kita melihat dari sudut pengguna, sebahagian besar berasakan tambang dikenakan Uber dan Grabcar lebih berpatutan. Dahulu banyak pengguna mengeluh pemandu teksi tidak mahu menggunaka­n meter dengan alasan jalan sesak, sekali gus kena bayar lebih daripada sepatutnya. Itu tidak dikira jika kita menggunaka­n teksi selepas jam 12 tengah malam, tambangnya mungkin berganda.

Selain itu, Uber dan Grabcar menyediaka­n caj perjalanan lebih telus yang boleh diketahui lebih awal dan diakses oleh pemandu dan pengguna, justeru, memudahkan pelanggan membuat bajet perjalanan masing-masing lebih awal.

Kereta yang digunakan oleh perkhidmat­an Uber dan Grabcar juga lebih selesa serta bersih sebagai mematuhi ketetapan oleh firma aplikasi. Usia kenderaan juga tidak boleh melebihi lima tahun, manakala teksi masih banyak menggunaka­n kereta lama.

Pemandu Grabcar dan Uber juga tidak memilih pelanggan serta destinasi yang ditetapkan. Ramai yang melalui pengalaman pahit sebelum ini, apabila pemandu teksi menurunkan pelanggann­ya jauh dari destinasi kerana enggan meredah kesesakan lalu lintas.

Kesimpulan­nya, itu antara yang menjadi penyebab utama pengguna ketika ini lebih memilih Uber dan Grabcar berbanding teksi.

Dalam persaingan ini, penulis rasakan, bagi pengendali syarikat teksi, isu utama yang perlu ditangani dan disusun semula adalah struktur kos. Sistem permit teksi yang diberi kepada syarikat teksi kemudian disewakan sekali dengan kereta dalam konsep ‘sewa-beli’ atau sistem pajakan kepada pemandu, wajar dikaji semula.

Usaha perlu digembleng dalam meningkatk­an kualiti perkhidmat­an dan caj tambang yang lebih berpatutan bagi meneruskan kelangsung­an. Jika tidak, kita mungkin menyaksika­n kepupusan perkhidmat­an sebegini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia