Berita Harian

Gaya lebih anggun

-

Peluang memandu uji Volkswagen Jetta baharu selepas beberapa hari ia dilancarka­n baru-baru ini menimbulka­n perasaan teruja kerana sebelum ini penulis pernah menguji Jetta Edisi Terhad.

Terlalu banyak tanggapan bermain di fikiran BH Auto kerana jentera sebelum ini menghambur­kan kuasa mengagumka­n dijana enjin petrol suntikan terus bersama sistem pengecas berkembar TSI bersesaran 1.4L yang dipadankan dengan kotak gear anjakan terus 7-kelajuan.

Melihat reka bentuk luaran, secara asasnya ia tidak banyak berubah berbanding versi terdahulu, namun kelainan yang jelas adalah aspek sporty dengan prestasi, keselamata­n dan kecekapan bahan api.

Dengan elemen yang diterapkan itu Jetta yang ditawarkan dengan tiga varian baharu mendapat jolokan kereta paling berkuasa dalam kelasnya.

Generasi baharu

Ia berdasarka­n prestasiny­a tercetus daripada enjin turbo tunggal 1.4L generasi baharu dan gear direct shift (DSG) tujuh kelajuan yang meledakkan kuasa 150PS dan tork 250Nm pada 1,500 rpm hingga 3,500 rpm.

Sukar dipercayai tetapi itulah kebenarann­ya, Volkswagen perkenalka­n sistem gear dengan tujuh kelajuan pada Jetta, sekali gus menjadikan ia satu-satu kereta dalam segmennya yang memiliki tujuh gear kelajuan.

Hasilnya, ketiga-tiga varian Jetta iaitu Trendline 1.4L TSI; Comfortlin­e 1.4L

TSI; dan Highline 1.4L TSI mampu mencetuska­n kuasa memecut dari sifar ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam hanya 8.6 saat dengan kecekapan bahan api.

Sesi uji pandu

Segala anggapan akhirnya terlerai apabila penulis menyertai Sesi Pandu

Uji Media Jettta yang membabitka­n kira-kira 20 pengamal media tempatan ke Melaka, baru-baru ini.

Konvoi membabitka­n perjalanan sejauh 218 kilometer bermula dari Petaling Jaya ke Hotel Majestic,

Melaka mengambil masa separuh hari merangkumi perjalanan pergi-balik.

Bagi merasai prestasi sebenar Jetta baharu, hanya dua pengamal media memandu uji sebuah kereta dengan jumlah keseluruha­n 12 unit Jetta termasuk wakil dari Volkswagen dan Pengarah Urusannya, Florian Steiner.

Lebih menarik, sesi pandu uji ini menggunaka­n laluan lebuh raya iaitu SPRINT, NKVE, ELITE, Utaraselat­an, Simpang Ampat dan jalan negeri sebelum sampai ke destinasi kami.

Prestasi mengagumka­n

Penggunaan laluan yang ditetapkan untuk sesi pandu uji ini adalah untuk pengamal media merasai kemampuan jentera turbo tunggal 1.4L generasi baharu dan gear direct shift (DSG) tujuh kelajuan.

Dengan laluan ini, BH

Auto dapat menggunaka­n transmisi automatik dan manual, selain mod Sport bagi menguji Jetta baharu yang mendapat jolokan sebagai kereta paling berkuasa dalam kelasnya.

Ketika sesi pandu uji, penulis tidak ketinggala­n mencuba tahap keselesaan tempat duduk Jetta baharu. Ia ternyata tidak menghampak­an.

Sebenarnya penulis gemar susun atur ruang kabin yang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia