Berita Harian

Mendekati umat Islam Uganda

Pelaburan RM38 juta pastikan khidmat lebih selesa, mesra pelanggan

- Oleh S Anand Kumar

GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pengendali Pasar Besar Giant, melabur RM38 juta bagi menaik taraf Giant Plentong, Johor Bahru dalam usaha menawarkan persekitar­an membeli-belah lebih selesa dan mesra pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail, Pierre Deplanck, berkata Giant Plentong yang sudah beroperasi di bandar raya itu sejak 18 tahun lalu kini bukan sahaja berwajah baharu, malah turut menyediaka­n 1,800 ruang meletak kenderaan untuk keselesaan pelanggan.

“Giant Plentong yang dibangunka­n di kawasan berkeluasa­n kira-kira 500,000 kaki persegi, turut menempatka­n 156 premis kedai dalam premis berkenaan dan kami percaya ia mampu memenuhi keperluan harian kira-kira 300,000 penduduk setempat sekitarnya.

Perkembang­an positif

“Malah, sejak kehadiran Giant Plentong kira-kira 18 tahun lalu, kami juga sentiasa mendapat sokongan padu daripada pelanggan dan melihat perkembang­an positif dalam aspek perniagaan,” katanya dalam kenyataan pada majlis peras- mian Giant Plentong, berwajah baharu di Johor Bahru, semalam.

Majlis disempurna­kan oleh Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Deplanck berkata, pihaknya juga menyifatka­n pelaburan untuk menaik taraf Giant Plentong sebagai signifikan kerana melihat potensi pasaran di Johor Bahru.

“Matlamat kami ialah menerusi Giant Plentong, ia dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa sama menawarkan perkhidmat­an mesra pelanggan dalam persekitar­an membeli-belah yang lebih selesa,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH ] ?? Tunku Tun Aminah (dua dari kanan) bersama Deplanck meninjau wajah baharu Giant Plentong selepas majlis perasmiann­ya di Johor Bahru, semalam.
[ FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH ] Tunku Tun Aminah (dua dari kanan) bersama Deplanck meninjau wajah baharu Giant Plentong selepas majlis perasmiann­ya di Johor Bahru, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia