Berita Harian

‘Bajet berpijak di bumi nyata, ambil kira kemampuan’

-

Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatka­n Bajet 2017 sebagai belanjawan berpijak di bumi nyata kerana mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan yang sedang berdepan ketidakten­tuan ekonomi global.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Bajet 2017 yang dibentangk­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah belanjawan yang amat prihatin kepada semua sektor dan golongan rakyat walaupun mengalami penguranga­n hasil daripada sumber petroleum.

“Di sebalik kepayahan ekonomi dan kedudukan yang tidak menentu hari ini, kerajaan masih mampu memberikan belanjawan yang terbaik untuk rakyat.

Bajet tumpu kepada semua pihak

“Walaupun tahu kehilangan sumber daripada petroleum, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan masih mampu menyediaka­n belanjawan yang memberi tumpuan kepada semua pihak.

“Saya dan Jemaah Menteri berterima kasih dengan belanjawan ini. Ia belanjawan yang memijak di bumi nyata,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana menyediaka­n peruntukan yang agak tinggi kepada kementeria­nnya bagi meningkatk­an kecekapan perkhidmat­an Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan membeli pakaian untuk anggota RELA.

TN50 bantu generasi muda hadapi masa depan

Mengulas TN50, beliau berkata, ia pelan jangka panjang kerajaan bagi membantu generasi muda dan akan datang khasnya generasi Y, Z dan Alpha untuk turut serta memeta hala tuju perjalanan negara menjelang 2050.

“Negara akan meraikan sambutan kemerdekaa­n yang ke-100 pada 2057, maka ia adalah pelan untuk membantu generasi akan datang membentuk masa depan negara mengikut acuan dan kehendak mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia