Berita Harian

Pembangkan­g keluar dewan aibkan Parlimen: Najib

Amalan proses demokrasi negara wajar dihormati

-

Datuk Seri Najib Razak menyifatka­n tindakan pembangkan­g keluar Dewan Rakyat sebelum Bajet 2017 habis dibentangk­an semalam sebagai mengaibkan institusi Parlimen.

Perdana Menteri berkata, proses demokrasi yang diamalkan di negara ini sewajarnya dihormati melangkaui sempadan perbezaan pegangan politik dan ideologi.

“Kita mesti hormat proses demokrasi dan segala nilai yang bersangkut paut dengannya. Ini penting, kerana di negara maju pun mereka boleh berbeza pendapat tapi mereka tidak berkelakua­n sedemikian.

“Ini juga mengaibkan imej Parlimen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas selesai membentang­kan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu, hampir semua Ahli Parlimen pembangkan­g daripada Pakatan Harapan iaitu DAP, PKR dan Parti Amanah Negara keluar Dewan Rakyat sebagai membantah Bajet 2017 dibentangk­an Perdana Menteri.

Yang turut keluar bersama mereka ialah Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan keluar Dewan Rakyat itu tidak disertai Ahli Parlimen PAS kecuali Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang mendakwa ia mewakili kapasiti peribadi, bukan parti.

Minta rakyat nilai sendiri

Najib yang juga Menteri Kewangan meminta rakyat mengadili sendiri tingkah laku pembangkan­g yang secara sengaja cuba mencemarka­n kedaulatan Perdana Menteri sistem demokrasi dan Parlimen.

“Saya ingat yang penting sekali rakyat mesti nilai perangai mereka dan buat keputusan bila sampai masanya.

“Kita mesti menghormat­i orang walaupun berbeza pendapat dan ideologi, selain bersopan dengan menunjukka­n tingkah laku mulia.

“Kita selaku pemimpin tidak kira pembangkan­g atau kerajaan mesti cerminkan tingkah laku baik supaya dihormati rakyat.

“Itu memang perangaila­h tu... hodoh,” katanya.

Tindakan keterlalua­n

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussein berkata tindakan pembangkan­g khususnya daripada Pakatan Harapan itu amat keterlalua­n dan memalukan.

“Tidak senonoh, tidak bertanggun­gjawab dan tidak pernah terjadi dalam sejarah. Ini adalah gimik memalukan kita,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN PARLIMEN] ?? Ahli Parlimen pembangkan­g keluar dari Dewan Rakyat, semalam.
[FOTO IHSAN PARLIMEN] Ahli Parlimen pembangkan­g keluar dari Dewan Rakyat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia