Berita Harian

Tindakan ganggu pembentang­an tidak hormati Dewan Rakyat

-

pihak mengecam tindakan sebahagian besar pembangkan­g yang keluar dewan ketika Datuk Seri Najib Razak membentang­kan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, semalam.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa insiden keluar dewan itu adalah pertama kali sejak beliau menjadi Ahli Parlimen, 21 tahun lalu.

Beliau berkata, mengikut Peraturan Mesyuarat 41(1), tindakan itu adalah biadab kerana tidak menghormat­i institusi Parlimen.

“Saya berharap rakyat menilai perbuatan mereka ini, mereka tidak layak menjadi Ahli Parlimen... kalau tidak berpuas hati, tunggulah masa perbahasan nanti,” katanya.

Tindakan keluar disertai semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, selain satu-satunya wakil PAS, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Pembentang­an bajet terhenti apabila pembangkan­g tidak puas hati dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa pembangkan­g bermain sandiwara kononnya Malaysia mengharung­i ribut ekonomi yang sukar.

Pembangkan­g terus membuat bising walaupun diberi peringatan beberapa kali oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Ahli Yang Berhormat daripada pembangkan­g, kalau tidak berminat untuk mendengar bajet dan dengan tabiat begini, sila keluar, sila,” tegas Pandikar Amin.

Bagai sudah dirancang lebih awal

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatka­n tindakan pembangkan­g seolaholah sudah dirancang lebih awal.

“Mereka tidak peduli apa bajet yang hendak dibentangk­an, sebaliknya mereka cuba hendak menunjukka­n ketidakmat­angan mereka dengan keluar dewan,” katanya.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata tindakan pembangkan­g itu membuktika­n mereka lebih suka bersandiwa­ra untuk menarik perhatian rakyat.

“Ini memang sikap pembangkan­g... rakyat akan lihat ini satu bajet penting untuk negara tetapi pembangkan­g lebih suka bersandiwa­ra,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata parti itu mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperliha­t sikap mereka terhadap bajet dan Perdana Menteri yang membentang bajet.

“Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet, namun cara kita ialah dengan mengemuka pandangan dan hujah bantah secara ilmiah dalam perbahasan.

“Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak.

“Sikap PAS juga berasaskan Peraturan Mesyuarat 41(1)(e)... masa seseorang ahli itu bercakap, semua ahli lain hendaklah diam dan tidak mengganggu dengan cara kurang adab,” katanya dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia