Berita Harian

Peruntukan BR1M dinaikkan

Inisiatif bantu rakyat tangani peningkata­n kos sara hidup

-

Menyedari keperluan rakyat berpendapa­tan rendah yang memerlukan bantuan dan sambutan diterima setakat ini, kerajaan memutuskan untuk meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Malah, peruntukan untuk BR1M dinaikkan kepada RM6.8 bilion dalam Bajet 2017, berbanding RM5.9 bilion tahun ini, membabitka­n tujuh juta penerima.

Bagi isi rumah dalam senarai e-kasih dan berpendapa­tan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200.

Isi rumah berpendapa­tan RM3,000 hingga RM4,000, kadar BR1M dinaikkan daripada RM800 kepada RM900, manakala individu bujang berpendapa­tan di bawah RM2,000 dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Teruskan Skim Khairat Kematian

Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas.

Sementara itu, dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat, kerajaan memperuntu­kkan RM140 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu dengan pembukaan empat lagi pasar belian terus hasil pertanian, Myfarm Outlet, di samping menambah baik 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia.

Peranan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) juga akan diubah, bukan setakat menyediaka­n pelbagai khidmat utama kerajaan dan swasta sahaja.

Selepas ini, UTC akan berfungsi sebagai sebuah Pusat Pekerjaan untuk memadankan antara pencari kerja dan bakal majikan.

Beban ringan

Bantuan keluarga miskin meliputi bantuan am warga emas sebanyak RM300 sebagai saraan hidup dan program wang saku turut diberi perhatian kerajaan sebagai langkah meringanka­n beban golongan itu.

Bantuan kanak-kanak sehingga RM450 sebulan turut diteruskan untuk manfaat 69,000 keluarga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia