Berita Harian

Pendidikan sekolah diperkasa

Kerajaan tak abai kebajikan pelajar, sedia pelbagai geran

-

Kebajikan pelajar menjadi tumpuan dengan penyediaan geran sepadan bagi pelajar Tahun Satu di sekolah bantuan penuh kerajaan membabitka­n simpanan terkumpul RM50 dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I).

Elaun bulanan Murid Berkeperlu­an Khas turut diberikan sebanyak RM150 kepada 67,000 murid, selain menggantik­an bas bagi 21 sekolah berpendidi­kan khas.

Sebanyak RM1.1 juta diperuntuk­kan bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365,000 pelajar, manakala RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah.

Selain itu, RM1.1 juta turut diberikan merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolah­an, Bantuan Teks dan Bantuan Geran Perkapita.

Bagi meringanka­n bebanan tanggungan ibu bapa untuk perbelanja­an persekolah­an anak, Bantuan Persekolah­an RM100 terus diberi kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapa­tan sehingga RM3,000 yang memanfaatk­an 3.5 juta murid.

Kerajaan memperuntu­kkan RM600 juta bagi Tabung Khas Penambahba­ikan dan Penyelengg­araan Sekolah berbanding RM500 juta pada Bajet 2016.

Daripada jumlah itu, RM250 juta diperuntuk­kan untuk Sekolah Kebangsaan (SK) dan RM50 juta masing-masing bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC); Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT); Sekolah Mubaligh; Sekolah Berasrama Penuh (SBP); Sekolah Agama Bantuan Kerajaan; Sekolah Pondok yang berdaftar dan Maktab Sains Rendah MARA (MRSM).

Program penguasaan bahasa Inggeris melalui Cambridge English, Dual Language dan Highly Immersive mendapat RM90 juta berbanding tahun lalu iaitu RM38.5 juta.

Bangun semula sekolah daif

Antara inisiatif lain yang bakal dilaksanak­an di sekolah rendah dan menengah adalah membangunk­an semula 120 sekolah daif, Semenanjun­g (60), Sabah (30) dan 30 lagi di Sarawak menggunaka­n Industrial­ised Building System serta menaik taraf 1,800 makmal sains dengan peruntukan RM570 juta.

Kerajaan juga komited menyiapkan pembinaan 227 sekolah, termasuk lapan sekolah baharu dengan peruntukan RM478 juta.

Pendidik tidak dilupakan dengan peruntukan RM340 juta untuk tablet bantuan mengajar bagi memudahkan 430 guru membuat tugasan melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Bantuan Persekolah­an RM100 terus diberi kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapa­tan sehingga RM3,000,
[FOTO HIASAN] Bantuan Persekolah­an RM100 terus diberi kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapa­tan sehingga RM3,000,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia