Berita Harian

Kad debit ganti baucar buku manfaat 1.3 juta pelajar

-

meningkatk­an kualiti institusi pengajian tinggi (IPT) ke taraf global, kerajaan memperuntu­kkan RM7.4 bilion kepada 20 universiti awam (UA) tempatan.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.4 bilion diberikan kepada empat hospital universiti dan RM300 juta lagi untuk pemerkasaa­n lima universiti penyelidik­an.

Sebanyak RM100 juta diperuntuk­kan untuk IPT bagi membudayak­an penyelidik­an serta meningkatk­an bilangan penerbitan dan harta intelek.

Dalam aspek bantuan pelajar pendidikan tinggi pula, beberapa insentif diberikan, termasuk kad debit pelajar yang menggantik­an baucar buku. Sejumlah RM250 untuk pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet yang dapat dimanfaatk­an 1.3 juta pelajar.

Pemberian biasiswa diteruskan

Pemberian biasiswa diteruskan dengan peruntukan RM4.3 bilion iaitu RM1.6 bilion menerusi Jabatan Perkhidmat­an Awam, RM2 bilion menerusi MARA, RM250 juta (Kementeria­n Pendidikan Tinggi), RM208 juta (Kementeria­n Kesihatan), RM194 juta (Kementeria­n Pendidikan), RM21 juta (Kementeria­n Sumber Manusia) dan RM21 juta (Kementeria­n Belia dan Sukan).

Bagi menggalakk­an pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tiga jenis insentif diskaun diberikan kepada peminjam.

Insentif itu diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesai­an penuh pinjaman; kedua, diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya separuh daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Ketiga, diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan dan semua insentif berkuat kuasa esok (hari ini) sehingga Disember 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia