Berita Harian

Penjawat awam perlu tingkat produktivi­ti, kukuh integriti

-

Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, mahu penjawat awam meningkatk­an produktivi­ti dan mengukuhka­n tahap integriti susulan Bajet 2017 yang banyak menumpukan kepada kebajikan sektor perkhidmat­an awam.

Katanya, Bajet 2017 membuktika­n kerajaan tetap meneruskan komitmen tinggi terhadap penambahba­ikan skim perkhidmat­an dan kebajikan penjawat awam.

Beliau berkata, di sebalik ketidakten­tuan ekonomi, negara dijangka masih mampu mengekalka­n kadar pertumbuha­n ekonomi yang menggalakk­an pada kadar 4 hingga 4.5 peratus pada tahun ini.

“Ingin saya tegaskan di sebalik beberapa insiden yang berlaku membabitka­n penyelewen­gan oleh segelintir penjawat awam, majoriti masih mendukung prinsip perkhidmat­an awam untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat secara berintegri­ti.

“Kadar defisit fiskal kerajaan yang dijangka mencapai sasaran pada 3.1 peratus untuk tahun ini membuktika­n kesungguha­n kerajaan dalam memastikan perbelanja­an negara berhemah mengikut perancanga­n fiskal yang ditetapkan,” katanya.

Ali berkata, sektor perkhidmat­an awam akan terus mengorak langkah bersama dengan kerajaan bagi merealisas­ikan aspirasi mewujudkan keseimbang­an pertumbuha­n ekonomi negara dan memastikan jaminan kesejahter­aan rakyat.

CUEPACS minta kaji semula bonus

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda mahu kerajaan mempertimb­angkan semula pemberian bonus kepada penjawat awam bagi menggantik­an bayaran khas sebanyak RM500, yang diumumkan dalam Bajet 2017.

Katanya, pihaknya menuntut pemberian bonus dua bulan gaji dan jika tidak dapat ditunaikan, pemberian bayaran khas itu perlu ditukar kepada bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji.

“Berhubung perlanjuta­n kontrak penjawat awam sekurang-kurangnya setahun, kami menuntut ketua jabatan yang sudah menghantar surat penamatan kontrak menarik balik surat itu sejajar pengumuman dalam Bajet 2017,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia