Berita Harian

Inisiatif perumahan manfaat segenap lapisan masyarakat

30,000 rumah dijual antara RM150,000 hingga RM300,000

-

Kerajaan akan menyediaka­n tanah tidak diguna pakai di lokasi strategik untuk pembinaan lebih 30,000 unit rumah yang bakal dijual lebih murah, sebagai sebahagian Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi meningkatk­an keupayaan pembeli rumah pertama.

Pembanguna­n perumahan itu diserahkan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan harga jualan antara RM150,000 hingga RM300,000 berbanding harga pasaran RM250,000 hingga RM400,000.

Sebanyak 10,000 unit rumah pula akan dibina di bandar untuk disewa sehingga tempoh lima tahun oleh golongan muda yang bekerja tetap, termasuk graduan baru bekerja sebelum mereka mampu membeli rumah sendiri.

Kerajaan turut memperkena­lkan skim pembiayaan step up bermula 1 Januari depan supaya pembeli mendapat pembiayaan lebih mudah dengan kadar pinjaman 90 hingga 100 peratus bagi projek PR1MA. Ia membabitka­n kerjasama Bank Negara, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Maybank, CIMB, RHB dan Ambank.

Pendapatan RM3,000

Ia bermakna pemohon berpendapa­tan RM3,000 sebulan yang hanya layak mendapat pinjaman lebih RM187,000, boleh mendapatka­n pinjaman sehingga RM295,000. Setakat ini, lebih 12,000 unit kediaman PR1MA bernilai RM3.3 bilion sudah ditempah dengan 85,000 unit pula dalam pelbagai peringkat kelulusan.

Pengecuali­an duti setem turut dinaikkan daripada 50 peratus kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan pinjaman perumahan bagi pembelian rumah pertama yang mencecah RM300,000 di antara 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2018.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diperuntuk­kan RM200 juta untuk membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi RM20,000 seunit. Felda, Felcra dan Risda pula masing-masing diperuntuk­kan RM200 juta, RM100 juta dan RM100 juta bagi pembanguna­n infrastruk­tur rumah generasi kedua.

Kerajaan turut memperuntu­kkan RM200 juta melalui inisiatif baharu, ‘My Beautiful New Home’ bagi membina 5,000 unit rumah, khusus kepada golongan B40, iaitu mereka yang berpendapa­tan kurang RM3,900 sebulan.

Rumah di tanah sendiri

Inisiatif itu menetapkan rumah dibina di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah, dijual pada harga RM40,000 hingga RM50,000 di mana kerajaan membiayai RM20,000, manakala bakinya dibayar ansuran oleh pemilik.

Sementara itu, 9,850 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina pada 2017 dengan peruntukan RM134 juta, tambahan kepada 11,250 unit PPR dalam pembinaan membabitka­n peruntukan RM576 juta. Unit kediaman itu akan dijual pada RM35,000 dan RM42,000 walaupun kos pembinaan sebenar RM120,00 hingga RM160,000.

Bajet 2017 turut memperuntu­kkan RM300 juta bagi Tabung Penyelengg­araan 1Malaysia untuk baik pulih kawasan flat dan 113 PPR di bandar dan pinggir bandar.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia