Berita Harian

Gred 56 mampu kekalkan doktor pakar dalam perkhidmat­an awam

-

kerajaan mewujudkan Gred 56 khusus untuk pegawai perubatan pakar perkhidmat­an kerajaan, mampu mengekalka­n golongan berkenaan supaya terus berkhidmat dalam perkhidmat­an awam.

Presiden Pertubuhan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-medik), Prof Dr Azmi Mohd Nor bagaimanap­un mengesyork­an peluang untuk dinaikkan ke pangkat Jusa C harus dikekalkan secara berkala bagi pegawai perubatan pakar kanan yang layak dan sudah lama dalam perkhidmat­an awam.

Selain itu, beliau berpendapa­t, pelantikan graduan perubatan, pergigian dan farmasi secara kontrak dapat menyelesai­kan masalah kelewatan kenaikan gred doktor pelatih ke jawatan pegawai perubatan serta dapat menapis mereka yang benar-benar berminat untuk terus menjadi doktor.

“Kami juga bersedia bekerjasam­a dengan kerajaan dalam merealisas­ikan pembinaan hospital kebajikan tanpa berasaskan keuntungan. Ia selaras misi I-medik mempelopor­i agenda perubatan Islam berasaskan pembinaan jati diri, pendidikan, penyelidik­an dan aktiviti kemanusiaa­n,” katanya.

Perlu penjelasan lanjut

Sementara itu, Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), berkata penjelasan lebih lanjut diperlukan mengenai perkongsia­n kerajaan dengan pihak swasta untuk menubuhkan hospital amal tidak berunsur keuntungan.

“Apa implikasi kepada pengguna, adakah pengguna perlu bayar dan jika perlu, berapa kadarnya?,” kata jurucakapn­ya yang menyifatka­n adalah lebih berkesan jika Klinik Rakyat 1Malaysia diperluask­an kerana ia dapat membantu mengurangk­an kos sara hidup rakyat dalam mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan. Presiden I-medik

 ?? [FOTO GHAZALI KORI/BH] ?? Kerajaan akan mewujudkan Gred 56 yang berada di antara Gred 54 dan Jusa C untuk pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar.
[FOTO GHAZALI KORI/BH] Kerajaan akan mewujudkan Gred 56 yang berada di antara Gred 54 dan Jusa C untuk pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia