Berita Harian

RM25B diperuntuk untuk sektor kesihatan

Jaga kebajikan, kurangkan kesesakan di hospital awam antara fokus kerajaan

-

Menjaga kebajikan doktor pakar serta graduan perubatan, pergigian dan farmasi, selain mengurangk­an kesesakan di hospital awam dan membantu pesakit kurang berkemampu­an adalah antara fokus Bajet 2017 yang memperuntu­kkan RM25 bilion kepada Kementeria­n Kesihatan.

Bagi mengatasi masalah doktor mahu meninggalk­an perkhidmat­an awam kerana lewat naik pangkat, kerajaan akan mewujudkan satu lapisan gred baharu, iaitu Gred 56 yang berada di antara Gred 54 dan Jusa C untuk pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan juga mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016 disebabkan kekangan jawatan tetap.

“Hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemansh­ip di mana-mana hospital, kini boleh menjalani housemansh­ip secara kontrak,” katanya.

Biaya pembelian peralatan

Bagi mengurangk­an kesesakan di hospital awam pula, kerajaan akan bekerjasam­a dengan swasta atau badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendali­kan hospital kebajikan tidak berasaskan keuntungan mengikut kadar kos hospital kerajaan.

Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital terbabit, selain peruntukan RM110 juta dengan RM70 juta daripadany­a adalah untuk bantuan perubatan kepada 10,000 pesakit kurang berkemampu­an.

“Bagi menggalakk­an lebih banyak pusat haemodiali­sis swasta dibuka, RM40 juta diperuntuk­kan sebagai geran sekali bayar dan RM200,000 untuk pembelian peralatan. Kerajaan juga memperuntu­kkan RM80 juta bagi mengatasi penularan wabak denggi dan zika,” kata Najib.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia