Berita Harian

MABOPA minta wujud kategori khas bahan bacaan

-

Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) meminta kerajaan mewujudkan kategori khas untuk bahan bacaan daripada digabungka­n dalam pelepasan cukai gaya hidup, selain menilai kembali bantuan pelajar pendidikan tinggi melalui kad debit.

Pengerusin­ya, Ishak Hamzah memohon pelepasan cukai RM1,000 daripada RM2,500 diberikan hanya untuk buku, manakala RM250 dihadkan untuk bahan bacaan.

“Pelepasan cukai RM2,500 merangkumi buku, telefon pintar, tablet dan peralatan sukan akan menyebabka­n minat serta kesungguha­n orang membeli buku jatuh, berbeza jika pelepasan hanya untuk buku seperti sebelum ini.

“Kad debit menggantik­an baucar buku sesuatu yang bagus, tetapi apabila diperluask­an untuk pelajar membeli peralatan komputer, alat tulis dan akses komputer akan memberi impak teruk kepada industri buku dan rantaianny­a bermula daripada penulis serta penerbit sehingga pekedai,” katanya.

Sebelum ini, katanya, wujud salah guna baucar apabila ia diguna untuk membeli keperluan bukan buku, termasuk alatan komputer.

Gaya hidup masa kini

Pengarah Urusan E Sentral, Faiz Al Shahab, bagaimanap­un berkata, pelepasan cukai untuk pembelian buku yang dinaikkan kepada RM2,500 adalah langkah baik, apatah lagi dijenamaka­n sebagai ‘gaya hidup’ yang merangkumi juga pembelian tablet dan peralatan gimnasium.

“Untuk jangka panjang, buku bukan dalam bentuk cetak sahaja, sebaliknya sudah berubah. Orang membeli tablet atau telefon pintar bukan lagi hanya untuk berkomunik­asi, tetapi bagi pelbagai kegunaan termasuk membaca.

“Ia gaya hidup masa kini yang sebenarnya lebih luwes kerana kita boleh memilih.

“Mereka yang sukakan buku fizikal mempunyai pelepasan cukai yang banyak, manakala yang suka telefon pintar atau tablet, juga mempunyai pilihan. Terpulang kepada individu,” katanya.

Bagaimanap­un, Faiz mengakui pengenalan kad debit menggantik­an baucar buku dijangka memberi kesan buruk kepada industri buku.

 ??  ?? Ishak Hamzah
Ishak Hamzah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia