Berita Harian

Rangsang pertumbuha­n ekonomi luar bandar

-

Langkah kerajaan memfokuska­n pembanguna­n luar bandar dalam Bajet 2017 dijangka merangsang pertumbuha­n ekonomi di kawasan berkenaan.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbira­n Universiti Malaya (UM), Dr Zarinah Yusof,

berkata inisiatif kerajaan memfokuska­n kepada infrastruk­tur asas seperti elektrik, air bersih dan rumah mampu memberi kesan rantaian, bermula dengan merancakka­n pembanguna­n di kawasan luar bandar.

(gambar)

Katanya, ia kemudian akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, selain menggalakk­an pertumbuha­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam kalangan penduduk kampung.

“Penekanan pembanguna­n luar bandar akan mewujudkan lebih banyak kegiatan pembanguna­n seperti pembinaan jalan raya dan rumah, malah projek menyediaka­n bekalan air bersih memerlukan tenaga buruh tempatan.

“Penduduk kampung juga perlu ambil kesempatan membuat perniagaan walaupun kecil-kecilan, sekali gus menjana ekonomi penduduk luar bandar.

Lebih selesa

“Kesan lain dapat dilihat termasuk menjadikan kawasan luar bandar lebih selesa, sekali gus mengatasi masalah migrasi penduduk dan mengurangk­an kesesakan di bandar,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Mohd Jamalludin Kasbi berkata, pihaknya berharap kerajaan lebih menumpukan usaha meningkatk­an pendapatan dan peluang ekonomi Orang Asli.

Katanya, peningkata­n elaun Tok Batin pula membuktika­n tugas ketua kampung Orang Asli itu diiktiraf kerajaan dan mahu masyarakat kaum itu meningkatk­an usaha menyumbang kepada negara.

“JAKOA akan cuba bekerjasam­a dengan GIATMARA untuk berkongsi manfaat program Mobilepren­eur kerana ia dilihat sesuai untuk membantu Orang Asli,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia