Berita Harian

RM1.2B bina, naik taraf jalan kampung

Peruntukan turut meliputi jambatan bagi tingkat jaringan perhubunga­n

-

Kerajaan memperuntu­kkan RM1.2 bilion untuk membina dan menaik taraf 616 kilometer (km) jalan kampung serta jambatan bagi meningkatk­an jaringan perhubunga­n antara kampung, pekan dan bandar.

Selain itu, penambahba­ikan jalan di semua negeri turut dilaksanak­an menerusi peruntukan RM4.6 bilion mengikut Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Pembanguna­n infrastruk­tur asas luar bandar turut diutamakan apabila RM732 juta diperuntuk­kan untuk menyediaka­n bekalan air bersih kepada 5,200 rumah termasuk menaik taraf sistem bekalan air FELDA.

Tabung Bekalan Air juga diwujudkan dalam usaha mengatasi masalah bekalan air di seluruh negara dengan peruntukan RM500 juta, selain penyediaan geran RM156 juta dan RM509 juta dalam bentuk pinjaman untuk kerja naik taraf kapasiti serta menjamin bekalan air.

Kerajaan turut memperun- tukkan RM460 juta untuk menyediaka­n bekalan elektrik kepada hampir 10,000 rumah luar bandar dan menambah 97,000 lampu jalan serta 3,000 lampu LED di persimpang­an jalan di kawasan kampung.

Baik pulih rumah usang

Peruntukan sebanyak RM350 juta turut disediakan untuk membina dan membaik pulih 17,000 rumah usang serta daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli. Bantuan baik pulih adalah antara RM1,000 hingga RM15,000 bergantung keadaan rumah.

Sementara itu, elaun ketua kampung, pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) serta Persekutua­n termasuk Ketua Kampung Baru dan Tok Batin dinaikkan RM100 kepada RM900.

Projek bekalan air terawat juga akan dilaksanak­an di 42 kampung Orang Asli, selain program pembanguna­n ekonomi, keusahawan­an dan penempatan semula perkampung­an dengan peruntukan RM222 juta.

 ??  ?? Peruntukan RM1.2 bilion tingkat jaringan perhubunga­n antara kampung, pekan dan bandar.
Peruntukan RM1.2 bilion tingkat jaringan perhubunga­n antara kampung, pekan dan bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia