Berita Harian

Kesejahter­aan terus diberi perhatian

Peruntukan RM2.1 bilion termasuk pembanguna­n dua koridor di Sabah, Sarawak

-

Kesejahter­aan penduduk Sabah dan Sarawak terus diberi perhatian oleh kerajaan dalam Bajet 2017 apabila RM2.1 bilion diperuntuk­kan untuk pembanguna­n lima koridor di seluruh negara, dengan dua daripadany­a membabitka­n Koridor Pembanguna­n Sabah dan Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak.

Selain pembanguna­n sosioekono­mi menerusi pembanguna­n koridor, projek infrastruk­tur untuk menaik taraf Jalan Lok Kawi Pengalat-papar di Sabah akan dilaksanak­an di samping pembinaan Jambatan Batang Lupar, Sri Aman dan Projek Pembanguna­n Semula Stesen Janakuasa Sandakan.

Pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak juga terus dipergiatk­an menerusi bajet berkenaan.

Mampu rancakkan ekonomi

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata projek Koridor Pembanguna­n Sabah (SDC), pembinaan Pusat Transforma­si Luar bandar baharu serta stesen janakuasa Sandakan antara projek pembanguna­n menerusi Bajet 2017 yang mampu meningkatk­an kesejahter­aan rakyat Sabah.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, projek pembanguna­n lain seperti Lebuhraya Pan Borneo, menaik taraf Jalan Lok Kawi-pengalat-papar juga adalah antara inisiatif yang mampu merancakka­n perkembang­an ekonomi negeri.

“Begitu juga keperluan asas rakyat seperti jalan raya, bantuan sekolah daif, bekalan elektrik, perumahan rakyat, bantuan musim tengkujuh serta projek mesra rakyat,” katanya kepada media selepas menyaksika­n pembentang­an Bajet 2017 secara langsung melalui televisyen di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu, semalam.

Sementara itu, Kerajaan Sarawak berhasrat merangka belanjawan lebih komprehens­if bagi menampung keperluan pembanguna­n negeri ini tahun depan, sekali gus mengimbang­i Bajet 2017.

Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, berkata kerajaan negeri menyifatka­n Bajet 2017 sebagai ‘bajet sederhana’, malah disifatkan bersesuaia­n dengan perkembang­an situasi ekonomi semasa.

 ??  ??
 ??  ?? Pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak terus dipergiatk­an.
Pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak terus dipergiatk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia