Berita Harian

RM60 juta geran beli teksi baharu

12,000 pemandu tamat kontrak pajak layak mohon

-

Kerajaan akan menawarkan permit teksi individu dan geran RM5,000 untuk pembelian teksi baharu kepada pemandu teksi yang layak, dengan peruntukan sebanyak RM60 juta.

Ia akan memanfaatk­an seramai 12,000 pemandu teksi yang layak dan telah tamat kontrak pajak dengan syarikat teksi mereka. Ini membuktika­n keprihatin­an kerajaan terhadap keluhan dan permintaan pemandu teksi.

Kerajaan juga akan memperkena­lkan Skim Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) kepada pemandu teksi individu yang berpendapa­tan sehingga RM3,000 sebulan, dengan geran pelancaran RM60 juta kerana sebahagian besar pemandu teksi tidak dilindungi insurans.

Di bawah skim ini, pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar RM157 hingga RM443 setahun, iaitu RM13.08 sebulan. Jika berlaku kemalangan sewaktu bekerja, mereka layak membuat tuntutan daripada PERKESO.

Bayaran pukal

Contohnya, pemandu teksi hilang upaya kekal akan menerima bayaran pukal RM43,000 hingga RM121,000 dan bayaran bulanan antara RM1,281 hingga RM2,624 sepanjang hayat.

Jika pemandu meninggal dunia, warisnya akan mendapat Faedah Orang Tanggungan pada kadar RM945 hingga RM2,655 sebulan.

Kerajaan juga menggalakk­an penyertaan kumpulan B40 menambah pendapatan sebagai pemandu ‘ridesharin­g’ seperti pemandu UBER, terutama bagi pemilik kenderaan sendiri. Mereka boleh menjana pendapatan RM1,500 sebulan jika memandu antara 10 hingga 40 jam seminggu dan RM4,300 jika melebihi 40 jam seminggu.

Mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahulua­n boleh dibuat menggunaka­n BR1M dan rebat RM4,000 bagi pembelian PROTON Iriz.

Sementara itu, bagi menambah baik pengangkut­an awam di luar bandar, kerajaan akan melaksanak­an projek rel baharu East Coast Rail Line sepanjang 600 kilometer dijangka membabitka­n kos RM55 bilion.

Ia menghubung­kan Lembah Klang ke Pantai Timur, bermula di Pelabuhan Klang, Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat secara berfasa.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kerajaan akan tawar permit individu dan geran RM5,000 untuk beli teksi baharu.
[FOTO HIASAN] Kerajaan akan tawar permit individu dan geran RM5,000 untuk beli teksi baharu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia