Berita Harian

9 kampus IPG diubah suai perkasa TVET

NBOS optimumkan aset kerajaan sedia ada

-

Dalam usaha memenuhi keperluan industri, kerajaan akan memperkasa­kan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara, secara mengubah suai sembilan kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) menjadi politeknik dan Kolej Vokasional (KV).

Usaha itu masing-masing membabitka­n empat politeknik dan KV serta sebuah pusat latihan jurulatih TVET.

Melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), inisiatif terbabit dapat mengoptimu­mkan aset kerajaan sedia ada dengan peruntukan hanya RM400 juta, berbanding RM250 juta bagi pembinaan sebuah politeknik baharu sekali gus menjimatka­n perbelanja­an kerajaan sebanyak RM2 bilion.

Secara keseluruha­nnya, RM4.6 bilion diperuntuk­kan kepada institusi TVET termasuk RM270 juta disediakan untuk menaik taraf peralatan pembelajar­an serta RM360 juta bagi Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran.

20,000 graduan SL1M

Bagi meningkatk­an kebolehpas­aran graduan, RM50 juta disediakan untuk perluasan program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membabitka­n 20,000 graduan sepanjang tahun depan berbanding 15,000 pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau, berkata penekanan kerajaan kepada TVET adalah selari dengan visi kementeria­nnya dalam membangun, meningkat dan menggiatka­n mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN), Syed Anuar Syed Mohamad, menyifatka­n inisiatif itu membuktika­n keprihatin­an tinggi kerajaan kepada pendidikan berasaskan kemahiran.

Beliau berkata, ibu bapa seharusnya mengubah persepsi terhadap TVET, yang selama ini dianggap tidak setara dengan pendidikan profesiona­l.

“Ia selaras hasrat kerajaan melahirkan 60 peratus tenaga kemahiran tinggi menjelang tahun 2020,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional tinggi negara. mampu lahir tenaga berkemahir­an
[FOTO HIASAN] Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional tinggi negara. mampu lahir tenaga berkemahir­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia